27 Disember 2009

Penat Mengecat






Salam

Seminggu dua minggu nie,saya tak kemana-mana, Asyik ke padang Besar jaa. Manakan tidak terpaksa mengecat sendiri rumah dibantu oleh seorang rakan berdekatan. Bukannya apa nak save budget. Lagipun, itu saja kebolehan yang ada pada saya, dengan kebolehan itu dapatlah juga berjimat cermat. Sebab kalau nak upah orang, sebiji rumah mau juga 4,5 ribu untuk upah saja. Lebih baik buat sendiri.

Tukang lain sibuk dengan plaster ceilling dan membina kaki lima rumah. saya dan rakan sibuk mengecat. Ialah harap-harap sebelum sekolah dibuka rumah nie dapat disiapkan sebelum proses merata tanah, pasang tiles dan menyiapkan tembok depan rumah. Wah, banyak lagi rupanya. Pening juga ya, manakan tidak dengan budget yang ciput, tapi nak macam-macam. Hehehhe. Sabarrrr.

Dan hasilnya Alhamdulillah habis juga luar rumah dicat. Just nak kutip sikit-sikit lagi atas dan bawah.

Insya Allah, esok lusa bolehlah mula cat dalam umah pulak. Lagipun mat-mat plaster syiling dah nak habis dah kerja mereka.

Hai nampaknya, tak sempatlah lagi nak bayar duit kakak di Malaka tu. Memang budget lari gila-gila punya. Whatevr harap kak zah dan abng baba bersabar sat no. Bayar tetap bayar. bayar sikit dulu boleh ke?

Nota: Bila disapu cat sepenuhnya pada logo tersebut, baru terperasan macam lambang kritian pula. Aduh, nampaknya kena otter sikit logo tu dgn cat supaya kawasan tengahnya menjadi bulatan. Nauzubillah, sesungguhnya tidak perasan langsung.

17 Disember 2009

Tahniah ! Emas Bolasepak Sukan Sea Laos


Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat Malaysia untuk membawa pulang Emas Bolasepak Sukan Sea setelah sekian lamanya kita menanti. Kejayaan ini juga merupakan kejayaan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kebangkitan bolasepak tanahair yang suram sekian lama.

Apa yang kita saksikan sebentar tadi (Siaran Langsung) akan menjadi batu loncatan kepada bolasepak Malaysia yang lebih berjaya pada masa akan datang.

Dengan corak permainan yang mantap bertahan di separuh masa pertama kita bingkas bangun melakukan asakan pada separuh masa kedua. Asakan-asakan cemas kita berjaya merentap keegoan pasukan Vietnam.

Kepada FAM untuk menyemarakkan lagi semangat pasukan dan rakyat Malaysia keseluruhannya, adalah diharap FAM akan memperbanyakkan siaran langsung bagi perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia di arena antarabangsa pada masa akan datang. Negara kita tidak akan ke mana sekiranya tiada program-program untuk menyemarakkan semangat anak-anak muda Malaysia untuk mencintai bolasepak.

Oleh itu, saya berpendapat bagi tujuan itu satu daripadanya menyiarkan secara langsung setiap perlawanan pasukan kebangsaan. Usahlah memikirkan sangat tentang kos siaran langsung tetapi FAM harus memikirkan impaknya terhadap bolasepak negara.

Wassalam.

12 Disember 2009

AL-FATIHAH BUAT KELUARGA ENCIK KADIR AWANG


Salam...

Kelmarin swdang leka ana melayan internet,setelah pulang dari solat jumaat, ana mendapat panggilan dari sahabat yang bertanyakan sama ada ana kenal atau tidak dengan seorang yang bernama Kadir bekerja sebagai pembantu makmal.

Masakan ana tidak kenal mereka adalah jiran ana. Sahabat ana memberitahu bahawa mereka terlibat dengan kemalangan maut. Beristigfar panjang ana antara percaya dengan tidak. Lantas ana begegas ke tempat kejadian dan sahlah bahawa memang En Kadir, Kak Apsah ,anaknya yang baru 3 jam bergelar suami Aiff beserta anak jiran Farhan terbunuh berdasarkan cakap-cakap orang ramai di tempat kejadian.

Tetapi semasa ana ke tempat kejadian, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital. Yang sempat dilihat hanya sebuah kereta yang remuk redam. Lantaran itu ana bergegas pula ke hospital yang dipenuhi ratusan orang yang berkumpul. Suasana hiba dengan tangisan saudara mara dan pengantin perempuan menyebabkan ana juga tersentuh hati dan perasaan. Sesungguhnya Abang Kadir dan Kak Apsah merupakan jiran yang disegani atas kebaikan dan hubungan kemasyarakatan akrab semasa hayat, maka tidak hairanlah berpusu-pusu orang-ramai datang mengziarahi jenazah mereka.

Disebelah malam di rumah magsa turut dpenuhi dengan ratusan orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada mangsa. Selepas solat Isyak jenazah-jenazah mangsa di sembahyang dan dikebumikan.

Moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dan ditempatkan bersama golongon orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat mereka.

Berita kanjut: Tragedi Pengantin Baru (Berita Harian)

01 Disember 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA





Alhamdulillah sempena cuti sekolah yang panjang nie, jika tiada aktiviti memang lah boring. Yang demikian, maka saya dengan keluarga sempatlah bercuti ke Penang sebagai menyahut seruan kerajaan "CUTI-CUTI MALAYSIA" katakan.

Sepanjang bercuti 3 hari dua malam di sana, bukannya pergi manapun asyik relax dalam hotel saja. Maklumlah cuaca yang panas, mana dengan anak kecik, malas lah nak jalan-jalan. Anak-anak just mandi kolam hotel saja. Tu pun bukan main seronok lagi mereka. Tercapai jugalah hajat mereka untuk bermandi manda.

Sebenarnya bercuti nih, anak-anak yang paling seronok. Kita ibu bapa, seronoklah juga dapat bercuti release segala tension setelah kepenatan bekerja.

Anyway, bercuti di Malaysia memang menyeronokkan kerana banyak tempat2 menarik sebenarnya dinegera kita ni.Lagi seronoklah kalau dapat ke luar negara. Tapi kapan ya?

07 November 2009

Final Piala Malaysia 2009 - Dicemari?

Salam...

Alhamdulillah baru sebentar tadi saya berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia, piala yang menjadi kebanggaan kita sejak sekian lamanya.

Perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan agak menarik dengan perlawanan yang agak seimbang dari segi kekuatan. Bagaimanapun Ng 9 agak beruntung kerana mempunyai tindakan penyudah yang melegakan jutaan peminat Ng 9 sama ada yang berada di arena atau yang hanya menyaksikan di kaca TV.

Bagaimanapun, saya tertarik juga perlawanan diluar padang yang dikuasai oleh penyokong Kelantan secara total. Letupan mercun kedengaran sana=sini. Tetapi sebagai peminat bolasepak tanahair saya agak terkilan dengan tindakan dan kelakuan biadap penyokong-penyokong kelantan kerana mewujudkan suasana tidak selamat dengan tindakan mereka yang keterlaluan.

Baru-baru ini diperingkat separuh akhir antara Perlis dan Kelantan yang berlangsung di Stadium Utama Kangar, penyokong2 Kelantan mendakwa penyokong2 Perlis melakukan pelbagai perkara memalukan. Nampaknya perkara memalukan ini secara terang-terangan kita dapat saksikan dikaca TV bagaimana rakusnya, kurang siumannya penyokong2 Kelantan di Stadium Bukit Jalil mencederakan pihak lain, gilanya mereka menjadikan bangku2 duduk di stadium sasaran untuk dibakar. Inilah peyokong-penyokong bolasepak abad ini yang hilang pertimbangan akal memalukan bolasepak tanahair.

Kita berharap, penyokong2 seperti ini dapat memikirkan semula tindakan mereka dan menjadikan tahun 2010 sebagai azam baru bagi melahirkan masyarakat penyokong bolasepak Malaysia yang lebih bertamadun dan profesional dalam menghadapi kenyataan (kekalahan).

03 November 2009

Sejadah Sembahyang



Salam..



Tadi saya ada menerima gambar yang diambil sendiri oleh pemberi berkaitan dengan kejadian aneh yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini- Kain sejadah bersembahyang.

Kejadian ini berlaku di Surau Taman Kastam 3 Padang Besar pada 02 Nov 2009 (2 hari lalu). Kekadang terfikir saya hikmah disebaliknya.... mungkin petunjuk Allah kepada hamba-hambaNYA bila hamba-hamba Allah dimuka bumi ini lalai mengerjakan solat.
Wallahualam.

16 Oktober 2009

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT- LORONG 3 TMN MELATI






Salam..

Kita masih lagi dalam suasana hari raya aidil Fitri. Sana sini masih sibuk dengan rumah-rumah terbuka.

Alhamdulillah hari Ahad minggu lepas Penduduk Lorong 3 , Taman Melati Indah, 02400 Beseri Perlis telah mengadakan rumah terbuka yang ke-11 khususnya untuk penduduk di lorong 3 le. Sebenarnya amalan ini agak unik kerana lorong ini sahaja yang sering memeriahkan sambutan hari raya tidak kira Hari Raya Aidil Fitri atau Korban. Sedangkan lorong-lorong lain di taman ini tidak pernah berlaku aktiviti sebegini.

Majlis sambutan ini diserikan lagi dengan acara sukaneka untuk kanak-kanak dan pemberian duit raya. Malah sebagai memeriahkan lagi suasana, maka penduduk lorong 3 dengan besar hati turut menjemput lorong-lorong lain bersama-sama menikmati juadah yang disediakan antaranya bihun sup utara, laksa, lontong, nasi tomato, kuih muih, ketupat, laksa johor dan berbagai juadah yang sememangnya sedap-sedap belaka

Muga-mugahan amalan ini akan berterusan dan akan dijadikan tradisi penduduk lorong 3,sesungguhnya amalan ini akan mengeratkan tali silatulrahim antara penduduk.

15 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Salam..

Lama benar saya tidak mencoret tinta di dada blog ini. Sibuk sangat dengan dunia pendidikan yang tiada bernoktah.

Perhimpunan Agong UMNO telah bermula dan bersidang. Wah, saya tengok memang bersemangat semua perwakilan yang hadir.Saya amat tertarik dengan saranan PM kita iaitu UMNO BUKAN TEMPAT UNTUK CARI MAKAN. Sesungguh kenyataan ini begitu sinis sekali untuk difahami oleh semua ahli UMNO.

Ya, sememangnya rakyat kebanyakan akar umbi telah jemu dan muak dengan gelagat ahli-ahli UMNO yang berkepentingan dalam parti. Menjadikan UMNo sebagai majikan mereka. Perjuangan mereka langsung tiada keihklasan, maka dengan itu UMNO dihina dan dicerca hanya kerana tindakan golongan ini.

Saya berharap semoga apa yang diperkatakan oleh PM akan menjadi amaran yang berkesan untuk menghapuskan golongan ini.Malah YB-YB yang sering memberi kontrak dan tender kepada golongan2 ini pun patut insaf di atas tindakan mereka.

Wassalam

23 September 2009

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum wbt

Ha, setelah sebulan kita berpuasa maka tibalah 1 Syawal yang dinantikan. Maka di kesempatan ini ana mengucapkan Salam Aidil Fitri dengan ingatan tulus ikhlas maaf zahir dan batin atas segala ter...macam-macam selama ana berblogger ini.

Mugahan di bulan Syawal yang mulia ini kita dapat meneruskan tradisi Ramadhan Al Mubarak kerana kesungguhan kita beramalan bukan terbatas pada bula Ramadhan sahaja. Insya Allah dibulan-bulan lain juga kita perlu tingkatkan amalan kita selama ini. Muga mendapat keredhaan Allah, Insya Allah.

12 September 2009

Tazkirah Ramadhan 2

Pada bulan Ramdhan ditutup rapat pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari

Orang yang berpuasa sangat tinggi darjatnya sehingga digambarkan bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih baik daripada bau kasturi- Bukhari

Hidupkan tadarus Al Quran. Nabi SAW pernah menjelaskan bahawa sebaik-baik ibadah umatnya ialah membaca Al Quran, apatah lagi pada bulan Al Quran diturunkan.

Orang berpuasa lalu membuat amalan-amalan sunat diampunkan dosa serta tergolong dalam orang-orang benar. Sabda Nabi SAW sesiapa hidupkan Ramadhan terampun dosanya- Bukhari.

Menyediakan makana untuk orang berbuka puasa besar ganjarannya. Sabda Nabi SAW, Pahala orang yang beri makan berbuka puasa sama dengan orang-orang yang berpuasa- Tirmizi.

sambung lagi....

06 September 2009

BENARKAH KITA SUDAH HILANG TOLERANSI BERAGAMA



Salam...

Ana baru tertonton dalam Weblog GAP (klip video di atas.)

Alhamdulillah sekarang nie politik kita telah menghancur semangat kerjasama, semangat toleransi dan sebagainya yang kita telah pupuk sekian lamanya dalam masyarakat yang berbilang kaum ini.

Kini segalanya musnah angkara mainan politik kita. Ana hanya mampu mengharapkan kita akan kembali kepada kehidupan sediakala di mana semangat toleransi diutamakan dalam segala tindakan kita.

05 September 2009

UMNO ditikam kawan dan lawan

Salam Ramadhan yang penuh dengan keampunan

Alhamdulillah, ana berkesempatan lagi untuk menulis tentang politik tanahair yang sepatutnya menjadi santapan setiap mereka yang inginkan kebahgiaan hidup dunia dan akhirah. Politik tidak boleh dikesampingkan dalam perjalanan hidup kita. Sedar atau tidak politik adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Mereka yang tidak berkeinginan mengambil tahu atau mengatakan politik tidak penting, maka mereka inilah insan-insan yang hidupnya dalam kesamaran(tak tau apa-apa.)

Hari ini UMNO diserang dari segenap penjuru samada oleh kawan dan semestinya juga oleh lawan. Hal ini menyebabkan UMNO terpaksa menepis serangan-serangan ini dengan pelbagai pendekatan berhemah.

Si kawan melakukan pelbagai karenah politik, sengaja mewujudkan ruangan musibah semata-mata untuk melihat UMNO/BN mengelabah dan rebah. Supaya rakyat melihat BN yang ditunjangi oleh UMNO totally gagal mentadbir urus negara dan politik dalamannya.Kesempatan ini diambil lantaran itu mengisytiharkan keluar Be End kononnya telah hilang kepercayaan dan sebagainya dengan pelbagai alasan remeh seolah-olah rakyat kebanyakan yang masih setia dengan kerajaan hari ini buta mata dan hati tidak tahu sejarah,lebih dari itu rakyat dianggap dungu. Inilah rupanya politikus-politikus yang rakus dengan keinginan sendiri apatah lagi di waktu yang sama politikus-politikus ini cuba menyelamatkan karier politik mereka dalam pada BN ketenatan dan kepenatan(anggapan golongan ini).

Alhamdulillah UMNO masih relevan dengan Melayu/Bumiputera. Pemimpin-pemimpinnya tidak mudah gelabah seperti yang disangkakan. Untuk apa kita perlu rasa gelabah apatah lagi untuk kecewa dengan senario politik hari ini? Selagi kita meletakkan rakyat sebagai keutamaan kita biarlah UMNO rebah dengan cara yang cukup bermaruah.

Pada Si lawan, tak perlu dihurai lagi, namapun lawan sudah tentu apa yang cantik dimata rakyat akan buruk jua di mata mereka. Biar masa menentukan sejauhmana kecemerlangan pemimpin mereka jika ditakdirkan mereka mentadbir urus negara ini suatu hari kelak. Di situ, rakyat akan dapat menilainya nanti. Sebagai rakyat kebanyakan ingin juga melihat bagaimana pemimpin2 ini membawa halatuju negara di bawah kepimpinan mereka nanti. Bahagia atau Derita?

Tarian Poco-poco yg Tersirat... Baca dan Sebarkan

"Assalammualaikum."

Alhamdulillah syukran pada rakan seperjuangan Cikgu Wan Norizawaty yang sudi emailkan bahan ini untuk tatapan pembaca sekalian.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja, bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yogayg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan. "Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.Jadi, penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

video Poco-Poco

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.WALLAHUALAM. ...

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini marilah sama-sama kita banteras gejala-gejala
yang boleh merosakkan aqidah umat Islam yang dilakukan secara tersembunyi
dan terancang oleh pihak-pihak yang memusuhi Islam. Jelas mereka takut dengan
KEBENARAN DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM yang membawa kesejahteraan
kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Insya-Allah

Himpunan Tazkirah Ramadhan

Khas untuk renungan pembaca bersempena dengan bulan kemuliaan ini

  • memperbanyakkan bacaan Al Quran serta memahami isi kandungan Al Quran. ganjaran pahala yang besar menanti khususnya di bulan Ramdhan ini.
  • Jangan banyakkan tidur disiang hari kerana hanya tidur orang berpuasa yang berpada-pada sahaja akan dikira sebagai satu ibadah.
  • Hidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat pasti beroleh keampunan. Sabda Nabi SAW, Sesiapa yg bersolat pd malam2 Ramadhan akan diampunkan dosanya - Bukhari.

sambung lagi.......

28 Ogos 2009

Hilangnya Sifat Amanah Sedikit Demi Sedikit

Amanah hilang dari hati manusia sedikit demi sedikit. Pada awalnya ia hanya meninggalkan titik hitam dan semakin lama titik hitam tersebut menjadi semakin jelas hingga menggelapkan hati sekali gus menghilangkan sirnanya. Malah dikatakan amanah itu adalah nilai keimanan itu sendiri.

Dahulu, jika dalam melakukan urusan jual beli seseorang yang Muslim bersifat amanah kerana agamanya yang menuntut ia bersifat demikian. Seorang Nasrani pula bersifat amanah kerana pengurusnya menyuruh ia bersifat demikian. Namun pada masa kini, amanah seakan hilang. Tidak ada sesiapapun yang layak diberi kepercayaan penuh sama ada Muslim mahupun kafir. Semua ini disebabkan keimanan manusia yang semakin rapuh dan luntur, mudah digoda dan tergoda oleh habuan dunia. Hilang amanah hingga sanggup menerima rasuah, menipu dan menyelewengkan harta.

Justeru sebagai manusia yang beriman hendaklah kita sentiasa memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan dengan sifat amanah dan mempunyai keimanan yang teguh dan mantap.

Huraian dari Hadis : AlBukhari/Muslim

27 Ogos 2009

UMNO tersungkur lagi!!!

Salam Ramadhan

Puas ana menanti detik-detik kemenangan UMNO dalam beberapa siri pilihanraya kecil pasca PRU12. Agak malang, UMNO terus rebah dan kecundang boleh di katakan KO di tangan Pakatan Rakyat samada dari Parti yang kononnya adil kepada rakyat atau Parti yang menganggap mereka cukup Islamik atau Parti yang malas ana nak sebut namanya pun.

Pada pendokong UMNO, pejuang UMNO, pemimpin UMNO, penyokong UMNO dan ahli UMNO di peringkat atasan mahupun bawahan perjuangan perlu diteruskan. Perjuangan untuk rakyat harus didahulukan dan dioptimumkan. Ana melihat kekalahan demi kekalahan ini sebagai kekalahan yang penuh berhikmah kepada kita semua dalam mengorak langkah kejayaan yang sebenarnya menanti. Kekalahan demi kekalahan ini sebenarnya membuatkan kita semakin kuat bekerja, sedetik kita lena, jagalah kita dalam neraka.

Kekalahan demi kekalahan ini bukan bererti UMNO sudah tidak relevan, tetapi kekalahan kita ini angkara serangan bertali arus ibarat virus yang disembur diudara oleh pembangkang yang sanggup menggunakan apajua pendekatan (matlamat menghalalkan cara) demi mencapai cita-cita politik yang sebenarnya mereka sendiri tahu bahawa mereka tidak mampu memimpin negara tercinta ini.

Virus-virus ini telah merosakkan minda kebanyakan rakyat kita yang telah membabi buta meletakkan kewarasan akal pada tempat yang tidak sepatutnya. Islam dijadikan slogan untuk mencapai kejayaan dan ketamakan politik bukan sebenarnya meletakkan Islam sebagai Addin untuk kejayaan didunia dan akhirat. Maka si tua, si muda dan lebih dari itu dikatakan si profesional berlumba-lumba kononnya untuk menempah keadilan dan syurga yang dijanjikan oleh pemimpin mereka.

Insya Allah, kita berikan ruang atmosfera yang seluas-luasnya kepada situa, si muda dan si profesional ini untuk menemui kembali kewarasan akal dan budi, ketenangan jiwa yang mana akhirnya mereka akan mengakui bahawa UMNO/BN adalah wadah perjuangan dan tunggak kekuatan Melayu/Bumiputra dan akhirnya mereka akan mengakui inilah satu-satunya parti yang sudah 52 tahun mentadbir negara dalam suasana hidup yang cukup aman dan makmur hingga ke saat ini.

Wallahualam.

Kejutan


Salam Ramadhan Al Mubarak

Hari ini ana agak excited juga bila buka yahoo.mail ada kiriman ucapan oleh Shaiful Azry yang mendakwa bekas anak murid ana di SRK (1) Sultan Alam Shah , Petaling Jaya. Bagaimanapun ana kurang pasti maklumlah sudah 14 thn ana meninggalkan SRK SAS (1), PJ nie. Mereka niepun dah besar-besar, mungkin ada di antaranya juga telah berumahtangga.

Excited kerana sebenarnya, memang ana mengharapkan seberapa banyak boleh ana dapat berhubung kembali dengan bekas anak-anak murid nie dalam kita mempereratkan hubungan ukhwah (manalah tau kot-kot cikgu sesat kat KL/Selangor) Dan yang pasti, ana ingin sangat mengetahui perkembangan potensi mereka, samada telah berjaya dalam kehidupan ini atau sebaliknya. Maybe diantara mereka nie mungkin telah mencapai kedudukan yang tinggi dalam kerjaya memasing. Alhamdulillah.
Nota: Kepada Shaful AZry sering-seringlah layari blog cikgu http://cikguazam.blogspot.com atau email: nazam67@yahoo.com.

25 Ogos 2009

Hadis: Rumahku Syurgaku

Salam Ramadhan buat pemabaca sekalian, Alhamdulilllah di bulan yang mulia penuh baraqah ini memberi kekuatan kepada ana untuk memaparkan koleksi hadis untuk renungan dan santapan rohani kita bersama.

Tajuk : Rumahku syurgaku

Hadith :

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

(al-Bukhari)


Huraian

1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah.

3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.

Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Salam Ramadhan, just untuk renungan kita bersama.


Tajuk : Lestarikan Kemerdekaan Dengan Perpaduan

Hadith :

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “

(Bukhari)


Huraian:

Malaysia selaku negara yang merdeka dan berdaulat dengan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan umatnya sebagai penduduk majoriti merupakan suatu nikmat terbesar yang harus disyukuri oleh umat Islam di negara ini. Bagi mengekalkan keamanan dan kemerdekaan tersebut, semangat perpaduan antara umat Islam adalah faktor terpenting malah ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam memastikan kedudukan Islam tidak terpinggir, ditelan oleh arus kemajuan dan pemodenan yang dipenuhi dengan segala kenikmatan yang melalaikan. Bahkan seharusnya selaku umat yang terbaik kita hendaklah sentiasa tegas dan berpegang pada prinsip Islam yang mahukan umatnya maju dan merdeka dalam segala aspek termasuklah merdeka daripada sebarang perkara yang menyesatkan jiwa dan minda atau dalam ertikata lain aqidah tidak terjajah dan minda tidak terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang sesat. Maka dengan dengan wujudnya keutuhan ummah dalam sebuah negara Islam yang merdeka, agama Islam juga hendaklah didaulatkan agar berkembang selari dengan keadaan dan zaman supaya nanti kemakmuran negara makin bertambah dan mendapat keredhaan daripada Allah, sesuai dengan ciri-ciri yang disebutkan di dalam al-Quran yang maksudnya: ”negeri yang baik (aman dan makmur) dan mendapat pengampunan Allah.” (Saba’: 15). Malah lebih daripada itu, segala apa yang berlaku di negara-negara Islam lain yang menghadapi tregedi-tragedi peperangan, penderitaan akibat kebuluran, pecah belah dan hura-hara harus diambil pengajaran oleh kita semua agar tidak ditimpa nasib yang sama.

Sumber: JAKIM

24 Ogos 2009

Fanatik- Mereka Bukan Umatku

Kategori : IBADAH Akidah
Tajuk :
Mereka Bukan Umatku!

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang tidak mematuhi Imam dan memencilkan diri dari jamaah lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan dan berperang kerana fanatik kesukuan (kebangsaan), dia bukanlah umatku. Dan sesiapa yang keluar dari umatku lalu menyerang umatku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak dan tanpa mengendahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.”

(Muslim)

Jangan Sekali-kali Minta di Matikan

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Larangan Meminta-minta Mati
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim

HuraianPengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

sumber: Jakim

KEMERDEKAAN NEGARA YANG AMAT BERERTI


Salam Ramadhan Yang Penuh Erti Kemerdekaan


Setiap tahun negara kita menyambut Hari Kemerdekaan dengan penuh meriah. Bagi ana 31 Ogos memang cukup meriah dan amat bererti buat ana. Ini kerana, pada tarikh keramat itulah ana dilahirkan.


So, ana amat bangga kerana menjadi salah seorang anak merdeka yang mempunyai jiwa merdeka, tahu akan erti kemerdekaan justeru menghargai kemerdekaan sebagai satu nikmat Allah SWT yang tidak terhingga.
Kesempatan ini, ana mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Negara yang ke 52 kepada semua rakyat malaysia - 1Malaysia di mana jua anda berada. Tidak lupa juga selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. INGAT, puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi lebih dari itu. Moga kita beroleh keberkatan, keredhaan, dan pengampunan dari Allah SWT.

20 Ogos 2009

Ramadhan Al Mubarak


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Sumber: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html
Nota: Ana mengucapkan kepada semua muslimin dan muslimat selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh barakah.

19 Ogos 2009

Kington Life Plasma- Produk Terbaru Elken



Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

13 Ogos 2009

aL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM USTAZ ASRI RABBANI



Salam..





Hari nie, ana agak terkejut juga bila terbaca Malaysiakini atas pemergian Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah. Sesungguhnya kehilangan beliau merupakan suatu kehilangan besar kepada diri ana khususnya kerana lagu2 nasyidnya yang amat diminati dan kita semua umumnya. Semoga keluarga beliau tabah dan sabar dalam menghadapi saat-saat sebegini.





Muga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan golongan orang soleh. Amin Ya Allah.

12 Ogos 2009

PERLIS INDAH LAGI MEMPERSONAKAN

SEKITAR TASIK MELATI PERLIS





Sekitar Taman Ular, Batu Pahat, Perlis.



Salam;
Pakat-pakat la mai Perlis no. Jangan segan jangan maluu, orang Perlis ramah-ramah belaka. Banyak tau tempat menarik kat Perlis nie, tu belum dengan gua kelam gelimat dia lagi. Puluit duriyan ada, puluit pelampun ada. Pakat-pakat mai cek no.. Promosi sikit negeri kesayangan ana.








10 Ogos 2009

SIAPA PENGKHIANAT?

Salam

Mutakhir ini istilah pengkhianat hangat diperkatakan sana sini dalam suasana politik hari ini. Menuding jari menuduh orang sebenarnya kerja mudah, tak perlu bayar. Tetapi siapakah sebenarnya pengkhianat ? Pengkhianat yang nyata dengan pengkhianat halimunan , siapa lebih bahaya?

Ana ingin menjelaskan di sini supaya UMNO (parti yang ana dokong) melihat kembali pengkhianat halimunan yang sekarang ini berleluasa mengkhianati UMNO itu sendiri. Buat ana mereka ini lebih bahaya. Tetapi siapakah mereka? Inilah nasib rakyat
  • pemimpin akar umbi yang tidak mendengar masalah rakyat dan hanya menolong kaum puak mereka sahaja. Ini berlaku , di mana ibu tunggal disisihkan hak mereka walaupun telah kehilangan suami yang tercinta 30 tahun yang lalu dengan kehidupan yang daif.
  • rakyat yang hidup tidak bertanah dan bergeran walaupun meneroka/menduduki tanah tersebut berpuluh tahun yang lalu.kerana dikhianati hak mereka oleh pemimpin atasan yang tidak bertanggungjawab.
  • rakyat yang bekerja di sektor awam yang melanjutkan pelajaran dikategorikan seperti kasta dalam agama hindu untuk mendapatkan kemudahan pelajaran seperti biasiswa,pinjaman dan sebagainya, walhal ada kategori pekerja yang belajar secara percumapun, maka mereka yang dipertanggungjawabkan ini juga pengkhianat.
  • rakyat kebanyakan tidak berpeluang beroleh tender kerajaan dari tender sebesar-besarnya hingalah tender sebesar kumanpun susah nak dapat kerana adanya pengkhianat dalam agensi/jabatan kerajaan hatta, pemimpin2 ADUN sekalipun yang berkepentingan.

Rasanya cukuplah dengan beberapa contoh tersebut sebab kalau nak nyatakan banyak sangat pengkhianat dalam UMNO dan parti pemerintah itu sendiri. Golongan2 ini seperti barah yang akan meruntuhkan institusi UMNO /pemerintah itu sendiri. Inilah yang berlaku sekarang ini.

Maka, ana menyokong penuh saranan Dato Seri najib (PM kita) yang menyarankan setiap pemimpin perlu mendekati rakyat mendengar masalah seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut seiring dengan gagasan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan".

UMNO- Dulu,Kini dan Selamanya.

06 Ogos 2009

PAS PUSAT TIDAK CAMPURI URUSAN KERAJAAN NEGERI

Salam

Dua tiga hari nie, riuh juga isu alkohol di Selangor. Ana just nak komen ringkas je tentang apa yang ana terbaca dalam Malaykini.

Pemimpin Pas Pusat tidak mencampuri urusan Kerajaan Pakatan di Selangor dalam isu tersebut. Maka ana terfikir lagi apakah dalam Islam teguran untuk membawa kebaikan ada had dan batasannya? Ana yang jahil nie, kekadang bertambah pening dengan politik Islam yang dilaungkan oleh PAS. Sebab dalam diri ana sebenarnya terlalu mengharap agar PAS menjadi partai Islam yang agresif menperjuang kemuliaan dan kesucian Islam itu sendiri.

Wassalam.

PERHIMPUNAN AMAN - ANTI ISA

Salam..

Sebagai anak Malaysia yang dahagakan keamanan, ana rasa terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak komen tentang apa yang berlaku pada Hari Sabtu yang lalu. Lebih-lebih lagi bila terbaca penulisan Zaid Ibrahim dalam HarakahDaily yang bertajuk "Himpunan Anti ISA: Pengalaman pertama bersama rakyat " Izinkan ana mengulas sikit.

Mengapa dalam kejadian tersebut Polis dan Pemerintah di salahkan. Ana sebenarnya terbayang mengapa manusia terlalu mengenepikan ilmu dengan tindakan2 yang ana anggap sebagai bodoh. Orang yang tidak berilmu sahaja memilih jalan sukar dalam kehidupan mereka kononnya tindakan mereka untuk rakyat bukan untuk kepentingan politik mereka. Sekiranya kita diberi pilihan antara Syurga dan Neraka mengapa kita pilih neraka. Apakah kita akan pilih neraka semata-mata untuk rakyat? Sekiranya kita diberi pilihan antara aman dan huru hara mengapa kita perlu pilih huru hara semata-mata untuk mencapai kepuasan nafsu serakah kita. Apakah dalam Islam tiada jalan penyelesaian? Kalau kita orang Islamlah ! Bukankah Islam itu Syumul. Bukankah itu yang sentiasa kita laungkan (Sunnah dan AlQuran).

Rakyat kebanyakan lebih gemar ISA dikekalkan dengan sedikit pembaharuan. ISA bukan mengganggu gugat kehidupan kita seharian. Ana sendiri dapat menjalankan kehidupan seperti biasa tanpa ada perasaan takut di tahan di bawah ISA. Kecuali kita cuba menghuru harakan negara dengan tindakan2 kita mencabul kedaulatan undang2 negara dan melanggar peraturan yang ditetapkan.(ISA bukan ada kakipun untuk berjalan mencari kita, kalau kita yang berjalan mencarinya.)

Jadi ana berharap kita fikirkan kembali menggunakan akal yang waras, muhasabah diri sebelum melakukan sesuatu perkara yang sebenarnya kita telah jangka. Kemudiannya kita menuding jari melaknatkan orang lain setelah kita meletakkan akal dan budi di tempat yang tidak sepatutnya. Walhal kita telah diberi peluang oleh pihak berkuasa untuk membuat pilihan menghadapi tindakan atau batalkan perhimpunan haram tersebut. Gelihati ana bila baca berita2 tentang perhimpunan haram tersebut, pelbagai rungutan, cacian, maki hamun dsbnya mula dilemparkan setelah kita sendiri "bijak" dalam membuat pilihan/...

Wassalam - Ana insaf dan muga kembali kepada ajaranNya. Insya Allah

Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.” (al-Bukhari 93:8, Muslim 1:6) al-Bukhari , Muslim

05 Ogos 2009

ASTRO vs LINTAH DARAT

Salam,

Kelmarin ada terima surat dari pihak Astro, ingatkan surat apa, Baca-punya baca rupa-rupanya Astro menaik yuran langganan pakej Sukan Astro sebanyak RM12 lagi.

Waduh, pening kepala beb. Bukannya apa dalam hati nie memang ada ura-ura nak stop saja astro nie. Maklumlah, macam ana pasang Astro just nak tengok EPL ja. Tambahan sekarang nie EPL stop sekejap, so kekadang tak bukak langsung TV tu.

Astro mengatakan untuk menampung kos yang semakin meningkat. Tetapi ana yang bodoh nie pening juga. Kos meningkat tetapi hujung tahun Astro isytihar untung berbillion2 ringgit. Kalau tak billionpun ratusan juta ringgit. Makna kata, kos meningkat tetapi tetap untung. Mengapa nak menyusahkan rakyat. Mengapa perlu tamak? Mana tanggungjawab sosial astro kepada rakyat khususnya sebagai pencetus budaya bersukan di kalangan rakyat.

So, kita minta pihak kerajaan tidak butakan mata pekakkan telinga dalam hal ini. Jangan biarkan korporat-korporat yang mungkin akan menyamai lintah darat ini terus menekan rakyat, walaupun rakyat ada pilihan samada melanggan atau tidak.

Harap Astro mempunyai pendekatan dan kaedah lain untuk mengatasi peningkatan kos tersebut. Ana berpendapat kalau tak kerana channel sukan Astro dah lama ana tidak melanggannya. So, bertimbang rasalah cikit.

Maka ana terfikit atas sebab itulah channel ini dijadikan umpan untuk merancang strategi perniagaan mereka. Kalau nak naikpun, naiklah tetapi bolehkah ana langgan just channel sukan ja, kira channel lain ana tak mau. Ada ke pakej macam tu. Kenapa tak di buat.

Aiyoyo.

04 Ogos 2009

MESYUARAT PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH

Salam

Jam 1.10 petang tadi sepatutnya ana kena menghadiri mesyuarat yang tersebut di atas, tetapi ana tidak dapat hadir. Bukan sengaja tidak menghadirkan diri tetapi di sebabkan urusan lain yang bagi ana lebih penting, maka dengan itu ana tidak dapat menghadirkan diri untuk mesyuarat tersebut.

Ana pohon kemaafan kepada PK Ko ana Puan Rosnah. Sebut pasal mesyuarat nie, kekadang naik muak juga ,tetapi nak buat macam mana sebab profesion guru begitu rapat dengan agenda mesyuarat nie. Cikit2 mesyuarat. tambahan kelmarin ada seminar ICT bersama pendidik yang dianjurkan oleh TM ana terlibat juga.

Khabarnya ana akan dilantik menjadi Kem Komanden. Fullamak glamour tu. Sepanjang 17 Tahun ana berkecimpung dalam bidang pendidikan tak pernah pula ana diberi penghargaan sebegitu rupa. Maklumlah dikebanyakkan sekolah ana lebih diberatkan kepada akademik. Ana tak pernah terlibatpun secara langsung dalam dalam Badan Beruniform nie. Alhamdulillah di SKST ana terlibat. Just ana kurang puashati tentang Kem Kom nie. Bagi ana jawatan ini lebih sesuai kepada guru-guru muda remaja/jelita. Dalam usia sebegini, ana boleh bagi komitmen sebagai AJK dah le. Harap PK KO fikir-fikirkan semula desas-desus nie.

Lagipun masa muda-muda dulu di Sekolah Sultan Alam Shah (1) PJ, dah banyak aktiviti Beruniform yang ana handle bersama rakan-rakan guru yang masih ana ingat Cikgu Razwan, Cikgu Hashim, Cikgu Meor, Cikgu Zul dan GB En V. Sundram bagaimana kami membawa Unit Beruniform kami menawan Gunung Angsi di N9 dan Gunung Nuang di Selangor. Kalau setakat nak khemah-khemah kat sekolah nie, bagi orang lain je lah. Bukan sombong tapi dah bosan bila diusia emas sebegini.

Wassalam.

27 Julai 2009

KAKI DALAM KASUT

Salam...

Ana baru berkesempatan untuk menjengah blog Che Det sebentar tadi. Antara yang menarik tentang penulsan beliau ialah "Kaki Dalam Kasut". Bagi anda yang belum membacanya eloklah membaca.

Apanila membaca komentar2 yang disajikan oleh rakyat Malaysia terhadap penulisan beliau, menyirat juga darah nie. Ana rasa gambaran sebenar hubungan antara kaum terserlah dalam komentar itu. Betapa kita sekarang hidup dalam keadaan mencemaskan. Betapa kaum lain begitu berani dan lantang mempersoalkan hak-hak kita orang Melayu secara terbuka.

Saya juga bersetuju dengan pendapat beberapa orng komentar, yang mengesyorkan supaya kerajaan dapat membina empayar perniagaan barang-barang pembinaan di setiap negeri dan daerah di Malaysia ini bagi mengelakkan diskriminasi harga oleh peniaga-peniaga yang sememangnya dimonopoli oleh kaum yang menganggap mereka berjaya kerana bekerja keras tetapi secara MUDAH menyembelih kaum lain. Keadaan ini memang berlaku di mana-mana.

Setidak-tidaknya penulisan Che Det menyedarkan kita dari lamunan yang panjang, menyemarakkan semangat kemelayuan yang semakin kelam.

17 Julai 2009

Orang kata aku lahir dari perut mak..

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)




Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk......mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2..00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Thanks, sahabat(Cikgu Nasir) atas kiriman emel untuk renungan bersama.

15 Julai 2009

BLOG SESAT?


Salam..

Ana ambil kesempatan ini just nak menghebah blog sesat ini atas permintaan rakan-rakan blog yang lain.

layarbahtera secara kesimpulannya memberikan peringatan kepada orang melayu untuk bersamanya pada ketika berlakunya kiamat.

berikut adalah blog sesat yang dimaksudkan
http://manatuhanallah.wordpress.com/

Thanks U GAP

11 Julai 2009

TAHNIAH 100 HARI DATO SERI NAJIB SEBAGAI PM


Salam..

Di kesempatan ini, ana just nak ucapkan tahniah kepada pemimpin No. 1 negara kita atas 100 hari kepimpinan beliau. Agar Allah SWT akan sentiasa menurunkan rahmat dan hidayah buat Dato Seri merencana negara tercinta ini kearah yang lebih berwawasan, lantaran meletakkan Addin Islam sebagai landasan utama perjuangannya.

Terima kasih juga, kerana 11 elemen utama yg diumumkan kepada rakyat jelata, khususnya kepada mereka yang mendapat manfaat daripada pengumuman tersebut. Semuga akan ada lagi kebaikan-kebaikan yang akan terlaksana kelak dari masa ke semasa. Insya Allah.

10 Julai 2009

TIGA DEKAD KAMPUNG MELAYU PDG BESAR (U), TIDAK BERGERAN

Salam...

Kampung Melayu Padang Besar Utara, Perlis merupakan sebuah perkampungan tertua di Pekan Padang Besar. Sesuatu yang unik tentang kampung ini, walaupun dikenali dengan Kampung Melayu tetapi di sini juga terletaknya Jirat Cina.

Peratusan Penduduk Kg Melayu terdiri daripada mereka yang mencari nafkah dengan bekerja sendiri dan berniaga secara kecil-kecilan.Tetapi sesuatu yang agak malang bagi penduduk kampung ini kerana majoriti penduduknya tidak mempunyai geran tanah walaupun telah menduduki kampung ini lebih daripada 30 tahun. Walaupun menteri besar dan pembesar-pembesarnya telah bersilih ganti.

Anapun naik hairan, apalah agaknya kerajaan negeri ini, begitu berkira dengan masalah ini. Siapalah yang hendak membela nasib penduduk-penduduk kampung ini dari dibelenggu masalah yang tampak seperti tiada kesudahan.

Apakah perlu penduduk kampung ini membuat huru hara seperti penduduk Kg Buah Pala Penang. Maka pada ketika itu, barulah akan muncul badut-badut yang kononnya akan memperjuangkan nasib penduduk. Lebih menghairankan 99% penduduk kampung ini adalah mereka yang menyokong Kerajaan BN, tetapi seperti tidak dihiraukan oleh MB dan ahli-ahli penasihatnya tentang nasib penduduk kampung ini.

Ana rasa kami masih mampu bersabar hingga ke saat ini.Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

Kepada siapa nak kami harap
Nak diharap pada tuan penasihat, kampung kamipun dia tak kenal
Nak diharap pada menteri Besar, diapun masih memerlukan nasihat
Nak diharapkan kepada Exco tanah, baru berkuasa sepenggal,
Nak diharap pada YB Titi Tinggi, aiya wa pun manyak cibuk dengan ini cina
Nak diharap pada KB, ya projek ini tidak menguntungkan
Nak diharap pada tok kampung, takpa2 nanti saya jumpa
Habisss pada sapa kami nak mengharap tentang nasib kami.
Berkata benarlah wahai pemimpin, bahawa kamu gagal memimpin

Allah SWT juga Maha Mengerti
Ya Allah bukakanlah segala pintu hati mereka-mereka yamg memimpin kami, agar dapat melihat hati-hati kecil kami, yang mengimpikan mimpi-mimpi kami menjadi realiti. Amin Ya Allah.

PPSMI DIMANSUHKAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana akhirnya PPSMI dimansuhkan jua. Pun begitu, keputusan memansuhkan sepenuhnya pada 2012 amat menghairankan. Kenapa tidak untuk disegerakan? Apakah rasional di sebalik tujuan itu? sesungguhnya, kelewatan pemansuhan ini menimbulkan 1001 persoalan di sebalik rasional yang yang diutarakan di pihak KPM (kerajaan)

Ana berharap akan ada keputusan menakjubkan dalam tempoh terdekat ini untuk menghapuskan PPSMI pada kadar yang segera. Tentang elaun BISP yang diberikan kepada guru-guru PPSMIpun eloklah ambil balik. Kata orang, banyak duit hati tak tenangpun susah, tak dak duit hati senangpun lagi susah. Lu fikirlah sendiri.

07 Julai 2009

PPSMI DIUMUM ESOK?

Alhamdulillah. bIla terbaca kenyataan mutakhir Berita Harian hari ini,bahawa ppsmi akan diumum esok. Lagi awal keputusan dibuat lagi baik.

Bagi ana, apa sekalipun keputusan kerajaan mestilah secara berhikmah. Maksud ana tidak dipengaruhi oleh mainan politik mestilah berdasarkan data dan fakta yang hakiki.

Ana memang terlibat secara langsung dengan PPSMI ini. Sejak PPSMI diperkenalkan memang ana sedikit tertekan untuk mengajar subjek matematik khususnya. Maklumlah ana kurang fasih/mahir berbahasa Inggeris nie. Rasa macam murid-murid teraniaya bila guru kurang fasih berbahasa Inggeris.Akhirnya murid menjadi mangsa lantaran PPSMI sebenarnya gagal diterjemah dengan sempurna. Bertambah tertekan apabila pihak-pihak tertentu seperti JPN, Jemaah Nazir membuat pemerhatian datang melawat sekolah untuk memantau P&p guru2 sains dan mate. Rasa tekanan yang amat sangat.Tambah tertekan lagi bila guru-guru PPSMI ini dikehendaki menduduki pula Penilaian Tahap Profisiensi (PTP) macam menduduki muet pulak. Ana rasa, apa sekalipun yang dilakukan kepada guru-guru untuk memahirkan diri mereka berbahasa Inggeris, sebenarnya sudah terlambat(tidak berfikiran -ve) melainkan kepada guru-guru baru yang berada di IPGM.

Kesimpulannya, ana lebih rela kehilangan elaun daripada terus menipu diri sendiri dan anak-anak murid. Hilang segala tekanan rasanya.Maka dengan itu, ana menyokong penuh sekiranya PPSMI dimansuhkan terus.

05 Julai 2009

APALAH UNTUNG NASIB HAMBAMU INI

salam..

Sejak dua tahun kebelakangan ini, apalah nasib ana. Dah le bina rumah ditipu orang, hampir 15k di bawa lari rakan sekampung. Sebut rakan sekampung ana dah jadi fobia sekarang nie. Cerita nie just sebagai teladan bagi diri ana untuk diingati hingga ke akhir hayat. Betapa manusia di dunia ini begitu rakus dengan keduniaan, sanggup meletakkan rakan sendiri ke dalam tong sampah kerana wang.

Adalah tahun lepas, ana bertindak sebagai pelobi untuk mendapat satu projek (tak payah tahulah projek apa). Lobi punya lobi dapatlah projek tu. Betapa gembiranya ana dan 2 lagi rakan. Maka anapun sparelah duit untuk projek tersebut. Pendekkan cerita, rupa-rupanya sahabat sekampung nie makan seorang saja. Maka meloponglah mata ana dan yang seorang lagi. Dalam hati, hai tergamak sungguh kekawan sekampung nie.

Satu lagi cerita, lebih kurang macam tu juga. Tapi taklah dianiaya rakan sekampung tetapi dianiaya rakan2 perniagaan yang memang lintah darat. Adakah patut projek berpuluh ribu diberi kepada ana ciput ja. Sedangkan tugas melobi bukan mudah untuk mendapatkan projek2 kerajaan nie. Mereka tak tahu macam-macam kita dah take action untuk mendapat projek tersebut.Tak tahulah pulak ana kalau mereka rasa senang dapat projek.Modal melobipun lebih dari itu. Sememangnya ana terkilan sangat dengan peristiwa2 ini. Baguslah juga kerana sekarang ana dah tahu macam mana nak berniaga suatu hari nanti, Jadi pengalaman yang berguna.

PEKATAN RAKYAT (PR)

Salam..

Sejak akhir-akhir nie PR menghadapi pelbagai gelombang di sana-sini. Kedah dengan kandang babi yang hendak dirobohkan, Pulau Pinang dengan Kg Buah Palanya. Tak dapatlah ana makan buah pala Penang lagi lepas nie. Yang ana semakin seronok di Kelantan masih lantang denan PRnya. PR yang terbaik, PR kerajaan menunggu dan sebagainya lagi.

UMNO menolak Islam, sebagai ahli UMNO ana rasa sikit terkilan dengan dakwaan tersebut. Tergamak tok-tok guru yang memperjuangkan agama kononnya mengguris hati ana dan orang Islam UMNO yang lain. Kalau dah nak main kotor hanya kerana politik, ana rasa gugurkanlah gelaran tok guru. Kasihan dengan tok guru-tok guru yang sememangnya layak di panggil tokguru

Wallahualam.

KAKAK HARAP BERSABAR



Inilah projek yang dapat dirakamkan sehingga kini untuk tatapan kakak di Melaka. Baru sampai peringkat plaster dinding. Rasa-rasanya tak sempatlah duduk raya nie.

01 Julai 2009

Mesyuarat Penyelaras ICT

Salam..

Hari ini sibuk sikit. Kena hadir mesyuarat penyelaras ict di BTPN Perlis. Tertarik ana dengan kenyataan Ketua Sektor ICT yang menegaskan kepada penyelaras bahawa tugas Juruteknik komputer yang ditempat di sekolah-sekolah berperanan sebagai juruteknik (baiki, selenggara alatan ICT dan kerja2 mencakupi bidang tugas mereka sahaja). Kami diingatkan juga supaya tidak menjadikan Juruteknik Komputer sebagai tukang sapu makmal atau sebagainya diluar bidang tugas mereka. Tapi yang peliknya, bagaimana dengan kami Penyelaras Makmal ICT dalam masa yang sama menjadi Guru yang mengajar di dalam kelas, bukan tukang sapu lantai, cuci sesawang, lap debu dan habuk, tukang baiki komputer dan tukang selesaikan serba serbi. Sudah lama kami lakukan kerja nie tanpa sebarang pembelaan. Mengapa diletakkan juruteknik begitu istimewa tempatnya . Kalau guru boleh laksanakan tugas mengajar dan penyelaras makmal serentak, mengapa tidak juruteknik? Di mana salahnya, sekiranya Juruteknik Komputer juga memainkan peranan menjaga kebersihan makmal.

Beliau juga menyarankan supaya Juruteknik diberi tempat duduk di dalam makmal komputer. Tidak diletakkan berselerak entah dimana-mana. Yang ini ana kurang bersetuju. Kenapa, kerana juruteknik komputer di sekolah ana diberi tempat duduk yang sepatutnya ana berada di situ. Dan akhirnya, ana terpaksa merempat. Yalah tak kan ana nak duduk sekali dalam makmal tu kerana juruteknik nie perempuan. Nanti susah jadinya. Oleh yang demikian, ana susah nak memantau perjalanan dan pengurusan makmal ict. Ana juga rasa seolah-olah ana tidak ada kuasa dalam menentukan arah tuju pengkomputeran sekolah kerana banyak kerja-kerja ana diambil alih oleh juruteknik komputer. Terima kasihlah ana ucapkan. Dalam masa yang sama ana tak berapa seronok nak bekerja dalam situasi yang serba salah nie, tidak seperti ana di SK Padang Besar. Ana diberi mandat sepenuhnya dalam menentukan hala tuju ICT sekolah.

Ana nak cadangkan kepada JPN Perlis, supaya jawatan Penyelaras Makmal ICT nie adalah lebih baik diserahkan sepenuhnya kepada Juru Teknik Komputer, apabila semua sekolah mempunyai seorang juruteknik nanti. Bolehlah guru-guru menumpukan kepada p & p sahaja.

Ingat-ingat tahun depan ana harap ada guru-guru lain yang sudi mengambil alih tempat ana. Lagipun ana dah lama sangat jadi penyelaras nie sejak dari mula makmal diperkenalkan di sekolah-sekolah. jemu dah, dan sudah malas melayan kerenah komputer nie, sampai mata ana semakin kelabu sekarang nie..... Malas,malas.

29 Jun 2009

KENAPA ADA HARI2 YG KITA DILARANG MEMOTONG KUKU


Klik pada imej untuk membaca


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

27 Jun 2009

REBAH JUA KEKABU AKHIRNYA

Selepas di tebang

Sebelum di tebang


Assalamualaikum wbt..
Saya ambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar, Perlis terutamanya kepada Setiusaha MPK Tuan Haji Suhaimi Abd Majid kerana membantu mengatasi masalah yang diutarakan kepada beliau tempohari.

Alhamdulillah, esudian pihak MPKmenebang kekabu raksasa itu amat saya hargai dan disanjung tinggi.

26 Jun 2009

POLITIKUS 2

Salam buat pembaca

Ana teropong-teropong lagi situasi politik kita hari ini. Mengapa orang sanggup berhabisan untuk berpolitik? Apakah mereka sedar atau di bawah sedar, tugas dan cabaran yang bakal mereka hadapi kelak. Kesanggupan mereka berpoltik sebenarnya juga kesanggupan mereka untuk menjadi pecacai, kuli kepada tuan mereka iaitu rakyat.

Berapa ramaikah ahli politik yang sanggup menghambakan diri menjadi sedemikian rupa? Apakah YB-YB yang ada hari ini di tempat kita sanggup mengabdikan diri untuk kebahgiaan rakyat. Ana teropong wakil rakyat di tempat ana, hingga sekarang ana masih tidak nampak kelibatnya. Mungkin teropong ana berkarat. Harap-harap pembaca juga dapat meneropong kelibat YB-YB di tempat sdr/i. Bila kita dapat merenung sejenak dan berfikir, maka dengan itu kita akan peroleh konklusi yang tepat tentang YB-YB kita nie. Kekadang sampai terlebih berpolitik, hingga rakyat terabai. Bila memegang jawatan exco di peringkat negeri pula, lagilah rakyat terabai.

Ana teropong pula, orang politik yang sudah tua, maaaf tua tak sedap didengar mungkin istilah veteren lebih manis. Ana rasa golongan ini tak perlu banyak bercakap dan buat statement di dada akhbar. Kerana bagi ana, lagi banyak mereka bercakap sebenarnya lagi menjadi huru hara rakyat kebanyakan. Tak kiralah veteren ini datang dari parti mana. Yang ana dok nampak la, memang kacau bilau fikiran rakyat angkara golongan ini. Malah, dalam parti sendiripun timbul huru hara pabila golongan ini bersuara , melatah dengan nyanyukkan mereka. Banyakkan beristigfar, berzikir untuk meredakan kecelaruan hati dan nurani bagi golongan ini.

Wallahualam.

23 Jun 2009

Bank Rakyat - Kau lah Segalanya (Sahabat Sejati)

Salam..
Kelmarin ana dan beberapa orang rakan guru asyik bersembang tentang pinjaman bank rakyat. Kekadang inilah topik hangat yang tidak lepas dari perhatian kami semua. Yalah mana lagi nak dapat duit tunai yang banyak kalau dah berjiwa dan bernafsu besar kalau bukan dengan institusi perbankan. Malah anggota-anggota kerajaan dengan institusi ini seperti kuku dengan isi, muzik dengan irama katakan.

Setahu ana mana ada anggota kerajaan yang boleh kaya raya dengan wang gaji yang tak seberapa nie. Kalau adapun mungkin mereka yang pandai menggenggam rapat sampai sukar nak bocor atau dari golongan yang sememangnya berada.

Pada mulanya kami syok-syok bersembang ja, akhirnya terjerat lagi dengan institusi kewangan nie. Keesokkannya kami ramai-ramai pakat serbu Bank Rakyat (agak famous la dikalangan guru) selepas sorang, sorang setelah masing-masing membuat perhitungan untung rugi. Untung ke? Ada yang kononnya nak melabur supaya duit tu beranak pinak, kita lihat ja lah. Gelihati (dalam duka) juga bila memikirkan situasi ini, boleh dikatakan sejak mula menjawat perkhidmatan awam hingga ke pencen barangkali pinjaman akan sentiasa berterusan. Dari pinjam sikit sampai jadi banyak. Dulu kalau dengar 100k kecut perut nak bayar balik, sekarang rasa seperti tak cukup pula. Nasib baiklah Angkasa telah menetapkan sekurang-kurangnya 40% gaji jangan diusik, kalau tidak ada yang dapat gaji bulanan seratus dua ringgit sahaja. Nasib, nasib. Bilalah kerajaan nak menyedari masalah yang sebenarnya dihadapi oleh kakitangannya. Ha,ha,ha !

19 Jun 2009

Nostalgia SRK (1) Sultan Alam Shah, PJ

Salam buat semua pembaca..

Tetiba saja ana teringat akan sekolah mula-mula ana posting dulu iaitu SRK (1) Sultan Alam Shah Petaling Jaya Selangor. Ana selama tiga tahun di situ bermula dari tahun 1992 hinggalah Oktober 1995. Entah kenapa, teringat akan rakan-rakan guru seperti Cikgu Razwan, Cikgu Meor, Cikgu Hashim, Cikgu Azan (PK HEM) dan tidak lupa GB Cikgu V. Sundram dan lain-lain guru. Kalau terbaca posting ini, kirim-kirimkanlah cerita anda

Tentang Guru Besar V Sundram , ana tidak lupa bagaimana cetusan ideanya membawa kami berjaya menawan 2 buah gunung iaitu Gunung Nuang di Selangor dan Gunung Angsi di N9 dengan membawa murid murid badan beruniform melakukakan ekspidisi. Paling mencabar Gunung Angsi kerana terpaksa bermalam di tengah2 gunung sebelum keesokkannya menawan puncak. Masya Allah punyalah seronok kami.

Kepada murid-murid ana yang seperti Low Kit Wei, Jocyelin Yeoh , Rabiatul Adawiyah (murid-murid pintar senang diingati namanya) anak kepada Allahyarham Zubir Ali dan dan kepada semua yang masih mengenali Cikgu Azam, agaknya di mana kamu semua sekarang nih. Tentu ada yang telah bekerjaya dan telah berkahwin agaknya.

PERMATApintar Negara - Tak senang duduk ana..

Alhamdulillah bertemu kembali...

Ana sebenarnya baru pulang dari gelanggang D'futsal nih, frust tak jadi main group tak cukup hari ini, hanya ada 6 orang saja. Kalau nak main juga alamat terjelirlah lidah ana. Lebih baik cau dulu.

Balik rumah sambil lepak, ada idea juga untuk ana postkan masalah ana di sekolah hari ini.

Sepanjang minggu nie dari Isnin hingga Jumaat (hari ini) ana kelam kabut sikit. Ialah sebagai guru yang diamanahkan melaksanakan ujian saringan Program PermataPintar Negara di sekolah. Manakan tidak kelam kabut, seminggu sebelum cuti yang lepas sibuk mewujudkan jawatan kuasa, taklimat kepada guru-guru dan sibuk menyusun jadual ujian.

Bermula sekolah minggu nie, maka pelaksanaannya bermula. Cabaran yang dihadapi pertamanya komputer makmal banyak yang boleh dibuang ke dalam longkang (rosak) daripada 20 hanya 13 yang boleh pakai + 9 buah di pusat akses . Dah boleh pakai server permatapintar yang dibangunkan oleh pihak manapun tak tau, masya Allah terlalu slow pula, habis jam jadual hari itu. Dari jangkaan 3 kelas boleh mengambilnya hari itu, hanya 1 kelas saja yang dapat dijalankan.

Masalah seterusnya, budak-budak pula terlalu ramai yang celik pandai komputer (buta komputer). Maka terpaksa pula ana menjerit-jerit mengajar mereka menggunakan keyboard dan tetikus pula, satu hal lagi. Makan masa pula, mana dengan soalan yang dikemukakan kepada pelajar punya lah banyak hampir 130 soalan (lebih kurang la). Kalau boleh kurangkan sikit. Buat apa banyak-banyak.

Masalah ini berlanjutan pada hari-hari berikutnya, maka dengan kuasa veto yang ada anapun setup kelas-kelas belakang nie. Kalau ikut law sebenar, program ini hanya melibatkan murid-murid yang dikenalpasti pintar sahaja yang perlu mengambilnya. Tetapi bila disuarakan ke GB, GB minta dilaksanakan kepada semua kelas dari thn 3 hingga Thn 6 arahan dari JPN Perlis. Kononnya untuk memberi peluang kepada semua pelajar mendudukinya. Ana menurut perintah.

Bagi ana, secara logiknya murid-murid kelas belakang nie ada baiknya tidak perlu ambil kerana kita sedia maklum kemampuan murid-murid ini. Apatah lagi dengan masalah2 teknikal yang seperti yang ana utarakan tadi. Tak tahulah SK lain macam mana.

Kadang2 terfikir ana, agaknya inilah yang dikatakan guru memerlukan perubahan, berubah dari menumpukan kepada p & p kepada semua aktiviti dan program sampingan yang dikata membebankan guru-guru. Tapi bagi guru apa saja amanah yang diberi tetap dilaksanakan sebaik mungkin demi kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

KINGTON LIFE PLASMA

KINGTON LIFE PLASMA

Apa itu Kington?


Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Apa itu Bio Ken 2 Series?

PERFECT FUNCTIONALITY

Perfectly Pure Water

Bio Pure Ken 1 uses the advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System, thus removing virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure water (H2O)

Purification System

FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material and airtight cover
Hands-free water dispenser
Fully automated functions of membrane self-cleaning, water level control, water refill and electronic shut-off
Patented design concealed in a unitary manifold for easy maintenance, quality and hygiene
Patented booster pump regulates pressure and ensure constant production

Specifications

Reservoir Capacity:
Warm: 5 ± 0.5 litres
Reservoir Material:
FDA-compliant ABS Food Grade

Dimension

Width – 260 mmDepth – 470 mmHeight – 450 mm
The Bio Pure KEN series is a 5-stage reverse osmosis purification system. Its patented system removes virtually all types of contaminants including viruses as small as 0.0001 micron. Bio Pure KEN is one of the only 3 recipients of WQA Gold Seal worldwide and the only recipient in Asia. It has also won an award at Geneva International Exhibitions as well as the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award for 2 consecutive years in Malaysia.

For more information, please visit http://www.whatsh2o.com/didyouknow/index.html.

Hubungi saya: Hajah Azam 0124203613 untuk urusan pembelian, penghantaran dan pemasangan, tidak kira walau dimana anda berada.

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Elken Spirulina

Organic & Alkaline for Balanced Nutrition

100% pure and organic
Complete food with 46 essential nutrients in a balanced proportion in line with the human body's requirements
Rich concentration of nutrients like protein (amino acids), vitamins, minerals, carbohydrates, essential fatty acids, chlorophyll, beta-carotene, phycocyanin and xanthophyll.
More than 10 international accolades form government bodies & independent organisations
Cholesterol-free protein source that is alkaline-forming
Readily digested and easily assimilated
Certified to be free of microcystine


JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association

Golden Award from the Taiwan Health Food Society

National Biotechnology & Medical Care Quality Award

Golden Award by Taiwan Health Food Society

Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association

GMP Food Certification

Certified ISO14001 by SGS, UK

Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)

Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant

Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University

Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association

Available in 250, 500, 1200 and 3000 tablets.

IKLAN & PROMOSI

IKLAN & PROMOSI
"HPA MENJANA PENDAPATAN UMMAH" Klik pada logo untuk mengetahui lebih lanjut. Daftarlah secara online diweb replika tersebut.

MENCARI NAMA ANAK DALAM ISLAM

HALALKAH APA YANG DI MAKAN? CHECK TENGOK..

Layan Je