Salam Ramadhan
Puas ana menanti detik-detik kemenangan UMNO dalam beberapa siri pilihanraya kecil pasca PRU12. Agak malang, UMNO terus rebah dan kecundang boleh di katakan KO di tangan Pakatan Rakyat samada dari Parti yang kononnya adil kepada rakyat atau Parti yang menganggap mereka cukup Islamik atau Parti yang malas ana nak sebut namanya pun.
Pada pendokong UMNO, pejuang UMNO, pemimpin UMNO, penyokong UMNO dan ahli UMNO di peringkat atasan mahupun bawahan perjuangan perlu diteruskan. Perjuangan untuk rakyat harus didahulukan dan dioptimumkan. Ana melihat kekalahan demi kekalahan ini sebagai kekalahan yang penuh berhikmah kepada kita semua dalam mengorak langkah kejayaan yang sebenarnya menanti. Kekalahan demi kekalahan ini sebenarnya membuatkan kita semakin kuat bekerja, sedetik kita lena, jagalah kita dalam neraka.
Kekalahan demi kekalahan ini bukan bererti UMNO sudah tidak relevan, tetapi kekalahan kita ini angkara serangan bertali arus ibarat virus yang disembur diudara oleh pembangkang yang sanggup menggunakan apajua pendekatan (matlamat menghalalkan cara) demi mencapai cita-cita politik yang sebenarnya mereka sendiri tahu bahawa mereka tidak mampu memimpin negara tercinta ini.
Virus-virus ini telah merosakkan minda kebanyakan rakyat kita yang telah membabi buta meletakkan kewarasan akal pada tempat yang tidak sepatutnya. Islam dijadikan slogan untuk mencapai kejayaan dan ketamakan politik bukan sebenarnya meletakkan Islam sebagai Addin untuk kejayaan didunia dan akhirat. Maka si tua, si muda dan lebih dari itu dikatakan si profesional berlumba-lumba kononnya untuk menempah keadilan dan syurga yang dijanjikan oleh pemimpin mereka.
Insya Allah, kita berikan ruang atmosfera yang seluas-luasnya kepada situa, si muda dan si profesional ini untuk menemui kembali kewarasan akal dan budi, ketenangan jiwa yang mana akhirnya mereka akan mengakui bahawa UMNO/BN adalah wadah perjuangan dan tunggak kekuatan Melayu/Bumiputra dan akhirnya mereka akan mengakui inilah satu-satunya parti yang sudah 52 tahun mentadbir negara dalam suasana hidup yang cukup aman dan makmur hingga ke saat ini.
Wallahualam.
Collaboration request
Setahun yang lalu
Kenapa hanya UMNO yg perlu dipersalahkan. Kita kena kritis dan analiza, adakah benar seperti yg digembar gemburkan oleh pembangkang dan yg lebih malang lagi ahli UMNO sendiri tentang prestasi UMNO.
BalasPadamPd sy, UMNO masih teguh tp telah ditikam belakang oleh rakan2 dlm komponen BN seperti gerakan,mca dan mic. Adakah mereka ini benar2 bertungkus lumus setiap kali PRK utk membantu calon UMNO dan BN. Mereka sepatutnya lebih bersungguh utk menarik undi bukan melayu menyokong calon BN. Ini seolah2 UMNO bertempur berseorangan.
Sy optimis dgn masadepan UMNO lagi2 kalau turut mendapat sokong parti komponen lain.
Salam Pemuda Umno Tapah
BalasPadamTerima kasih atas ulasan anda,
Insya Allah, kita yakin UMNO akan terus relevan dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan BN yang lain.
KITA PERHATIKAN BEBERAPA ASPEK KEADAAN ORG KITA,SECARA MENYELURUH;
BalasPadam1)ORANG MELAYU SKRG INI AMAT TERCABAR DARI SEGI UGAMA,POLITIK,SOSIAL DAN EKONOMI...walaupun jumlah penduduk MIM >60%,PENCAPAIAN EKONOMI cuma 18% SAJA.(up till 2009)not even 30%
..PENCAPAIAN POLITIK..2008:55% undi BN VS 45% undi PR
..PENCAPAIAN UGAMA..TGK SAJA KES BUANG ANAK,BUNUH DIRI,RASUAH,MURTAD
..PENCAPAIAN SOSIAL..KES LARI RMH, PENAGIHAN DADAH,ROGOL,JENAYAH,PATI MELEBIHI 2JUTA,PENCEMARAN DLL...
2)Org MELAYU melalui UMNO DAH KURANG KEKUATAN & ADA TANDA2 MEROSOT DAN CADANGAN2 UBAH SUAI DAN BAIKPULIH...TGK SAJA REAKSI ORG2 MUDA TERHADAP UMNO...DPM MUHYIDDIN PUN ADA MERASA TENTANG PERSEPSI NEGATIF INI....
Di PRK Permatang Pasir,penyokong2 org muda lebih kpd PAKATAN,tidak kpd UMNO/BN......
3)KONSEP PERPADUAN DIANTARA UMNO DAN PAS,PRO & CON,BOLIH DAN TAK BOLIH...HALANGAN DSB..APA DIA?? PERLU DIANALISAKN & DIDALAMI/DISELAMI
4)KALAU TAK BOLIH BERPADU,OPTION NYA,...2 PARTY SYSTEM,KEMANA ARAH PUN "MIM MESTI PEGANG TERAJU MEMERINTAH"
WAJIB,ORG2 MUDA MIM WAJIB TENTUKAN DAN BERJUANG SEKERAS2NYA MIM PEGANG TAMPOK PERMERINTAHAN.....
5)BAGI 60% MIM,GALAKAN EKONOMI 50% UNTUK MIM,BUKAN HANYA SETAKAT 30%..
AJE DIMANA CUMA CAPAI 18%...TGK SAJA SINGAPURA;75%CA,EKONOMI90%...
INDONESIA,THAILAND,PILIPINA;CA 5%-10%,control 70%-80%EKONOMI....
6)KESTABILAN SISTEM SOSIAL KITA KENA ADA UNSUR2 POSITIF..CARA ORG2 MELAYU,..BUKAN HANYA TIRU DAN IKUT CARA2 BARAT DGN BUDAYA KUNING MEREKA SAJA...KITA PERLU ROMBAK SEMULA DASAR2 SISTEM SOSIAL KITA..
KALAU KITA KENEGERI JEPUN,KITA TGK SISTEM SOSIAL,BUSHIRO MEREKA DPT MEMBENTING DIRI RAKYAT MEREKA DARI PENGARUH BARAT,CUMA AMBIL YG BAIK DAN BERMUNAFAAT AJE...TAPI KITA DIMALAYSIA TIDAK...KALAU IKUT BARAT,ORG MIM LEBIH TERROR(HEBAT)DARI ORG2 BARAT DAN KALAU TIRU ORG ARAB,LEBIH ARAB DARI ORG ARAB!!!
##SATU NASIHAT: UMNO perlu tukar image, REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn diIndia,Taiwan,Germany, Australia dll...
Ada sebahgian rakyat yg ingin melihat terjadinya sistem 2 parti atau 2 coalition di Malaysia;BN vs PR,mcm di USA,UK, AUSTRALIA dan kebanyakan negeri diEUROPE & negeri2 demokrasi lain didunia ini. Mungkin perkara ini perlu dilihat dari sudut,Kerajaan memerintah MESTI diterajui olih MIM...jadi kalau BN,org kita perintah;dan PR, MIM juga perintah!! ...Alternatif nya,UMNO,PAS,PKR >>satu gabungan, DAP,Gerakan,MCA >>satu gabungan, & MIC,PPP,Makkal Sakti,IMP>>satu gabungan.
MAKA JADILAH MALAYSIA SATU DEMOKRASI berunsur PERKAUMAN!!! Mungkin ada masalah lain,yg lama dan yg baru akan timbul,dimasa2 mendatang.....
##SATU NASIHAT:UMNO KENA LAH REVAMP SKRG..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU &BUMIPUTERA....2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90% MIM DLM JABATAN2 KERAJAAN.. 3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA...
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
AMACAM?? NANTI JADI LAH MALAYSIA DUA PARTI SISTEM:BN VS PR..MCM DI USA,UK,EURO DSB...BAGUS JUGAK KAN?? LEPAS TU MENANGIS AIR MATA DARAH PUN DAH TAK GUNA LAGI DAN ORG MIM KENALAH TERIMA HAKIKAT PERIT,MCM PARTI LDP DIJEPUN,CONGRESS PARTY DI INDIA, KUOMINTANG TAIWAN..!!!!JADI CAMNE?? NAK KENA LAKSANAKAN LAH SEGERA PER2 DIATAS....BETUL TAK???
##SATU NASIHAT:KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA >3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???MCM BARACK HUSSEIN OBAMA DI USA ATAU TONY BLAIR DI UK??