29 Jun 2009

KENAPA ADA HARI2 YG KITA DILARANG MEMOTONG KUKU


Klik pada imej untuk membaca


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

27 Jun 2009

REBAH JUA KEKABU AKHIRNYA

Selepas di tebang

Sebelum di tebang


Assalamualaikum wbt..
Saya ambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar, Perlis terutamanya kepada Setiusaha MPK Tuan Haji Suhaimi Abd Majid kerana membantu mengatasi masalah yang diutarakan kepada beliau tempohari.

Alhamdulillah, esudian pihak MPKmenebang kekabu raksasa itu amat saya hargai dan disanjung tinggi.

26 Jun 2009

POLITIKUS 2

Salam buat pembaca

Ana teropong-teropong lagi situasi politik kita hari ini. Mengapa orang sanggup berhabisan untuk berpolitik? Apakah mereka sedar atau di bawah sedar, tugas dan cabaran yang bakal mereka hadapi kelak. Kesanggupan mereka berpoltik sebenarnya juga kesanggupan mereka untuk menjadi pecacai, kuli kepada tuan mereka iaitu rakyat.

Berapa ramaikah ahli politik yang sanggup menghambakan diri menjadi sedemikian rupa? Apakah YB-YB yang ada hari ini di tempat kita sanggup mengabdikan diri untuk kebahgiaan rakyat. Ana teropong wakil rakyat di tempat ana, hingga sekarang ana masih tidak nampak kelibatnya. Mungkin teropong ana berkarat. Harap-harap pembaca juga dapat meneropong kelibat YB-YB di tempat sdr/i. Bila kita dapat merenung sejenak dan berfikir, maka dengan itu kita akan peroleh konklusi yang tepat tentang YB-YB kita nie. Kekadang sampai terlebih berpolitik, hingga rakyat terabai. Bila memegang jawatan exco di peringkat negeri pula, lagilah rakyat terabai.

Ana teropong pula, orang politik yang sudah tua, maaaf tua tak sedap didengar mungkin istilah veteren lebih manis. Ana rasa golongan ini tak perlu banyak bercakap dan buat statement di dada akhbar. Kerana bagi ana, lagi banyak mereka bercakap sebenarnya lagi menjadi huru hara rakyat kebanyakan. Tak kiralah veteren ini datang dari parti mana. Yang ana dok nampak la, memang kacau bilau fikiran rakyat angkara golongan ini. Malah, dalam parti sendiripun timbul huru hara pabila golongan ini bersuara , melatah dengan nyanyukkan mereka. Banyakkan beristigfar, berzikir untuk meredakan kecelaruan hati dan nurani bagi golongan ini.

Wallahualam.

23 Jun 2009

Bank Rakyat - Kau lah Segalanya (Sahabat Sejati)

Salam..
Kelmarin ana dan beberapa orang rakan guru asyik bersembang tentang pinjaman bank rakyat. Kekadang inilah topik hangat yang tidak lepas dari perhatian kami semua. Yalah mana lagi nak dapat duit tunai yang banyak kalau dah berjiwa dan bernafsu besar kalau bukan dengan institusi perbankan. Malah anggota-anggota kerajaan dengan institusi ini seperti kuku dengan isi, muzik dengan irama katakan.

Setahu ana mana ada anggota kerajaan yang boleh kaya raya dengan wang gaji yang tak seberapa nie. Kalau adapun mungkin mereka yang pandai menggenggam rapat sampai sukar nak bocor atau dari golongan yang sememangnya berada.

Pada mulanya kami syok-syok bersembang ja, akhirnya terjerat lagi dengan institusi kewangan nie. Keesokkannya kami ramai-ramai pakat serbu Bank Rakyat (agak famous la dikalangan guru) selepas sorang, sorang setelah masing-masing membuat perhitungan untung rugi. Untung ke? Ada yang kononnya nak melabur supaya duit tu beranak pinak, kita lihat ja lah. Gelihati (dalam duka) juga bila memikirkan situasi ini, boleh dikatakan sejak mula menjawat perkhidmatan awam hingga ke pencen barangkali pinjaman akan sentiasa berterusan. Dari pinjam sikit sampai jadi banyak. Dulu kalau dengar 100k kecut perut nak bayar balik, sekarang rasa seperti tak cukup pula. Nasib baiklah Angkasa telah menetapkan sekurang-kurangnya 40% gaji jangan diusik, kalau tidak ada yang dapat gaji bulanan seratus dua ringgit sahaja. Nasib, nasib. Bilalah kerajaan nak menyedari masalah yang sebenarnya dihadapi oleh kakitangannya. Ha,ha,ha !

19 Jun 2009

Nostalgia SRK (1) Sultan Alam Shah, PJ

Salam buat semua pembaca..

Tetiba saja ana teringat akan sekolah mula-mula ana posting dulu iaitu SRK (1) Sultan Alam Shah Petaling Jaya Selangor. Ana selama tiga tahun di situ bermula dari tahun 1992 hinggalah Oktober 1995. Entah kenapa, teringat akan rakan-rakan guru seperti Cikgu Razwan, Cikgu Meor, Cikgu Hashim, Cikgu Azan (PK HEM) dan tidak lupa GB Cikgu V. Sundram dan lain-lain guru. Kalau terbaca posting ini, kirim-kirimkanlah cerita anda

Tentang Guru Besar V Sundram , ana tidak lupa bagaimana cetusan ideanya membawa kami berjaya menawan 2 buah gunung iaitu Gunung Nuang di Selangor dan Gunung Angsi di N9 dengan membawa murid murid badan beruniform melakukakan ekspidisi. Paling mencabar Gunung Angsi kerana terpaksa bermalam di tengah2 gunung sebelum keesokkannya menawan puncak. Masya Allah punyalah seronok kami.

Kepada murid-murid ana yang seperti Low Kit Wei, Jocyelin Yeoh , Rabiatul Adawiyah (murid-murid pintar senang diingati namanya) anak kepada Allahyarham Zubir Ali dan dan kepada semua yang masih mengenali Cikgu Azam, agaknya di mana kamu semua sekarang nih. Tentu ada yang telah bekerjaya dan telah berkahwin agaknya.

PERMATApintar Negara - Tak senang duduk ana..

Alhamdulillah bertemu kembali...

Ana sebenarnya baru pulang dari gelanggang D'futsal nih, frust tak jadi main group tak cukup hari ini, hanya ada 6 orang saja. Kalau nak main juga alamat terjelirlah lidah ana. Lebih baik cau dulu.

Balik rumah sambil lepak, ada idea juga untuk ana postkan masalah ana di sekolah hari ini.

Sepanjang minggu nie dari Isnin hingga Jumaat (hari ini) ana kelam kabut sikit. Ialah sebagai guru yang diamanahkan melaksanakan ujian saringan Program PermataPintar Negara di sekolah. Manakan tidak kelam kabut, seminggu sebelum cuti yang lepas sibuk mewujudkan jawatan kuasa, taklimat kepada guru-guru dan sibuk menyusun jadual ujian.

Bermula sekolah minggu nie, maka pelaksanaannya bermula. Cabaran yang dihadapi pertamanya komputer makmal banyak yang boleh dibuang ke dalam longkang (rosak) daripada 20 hanya 13 yang boleh pakai + 9 buah di pusat akses . Dah boleh pakai server permatapintar yang dibangunkan oleh pihak manapun tak tau, masya Allah terlalu slow pula, habis jam jadual hari itu. Dari jangkaan 3 kelas boleh mengambilnya hari itu, hanya 1 kelas saja yang dapat dijalankan.

Masalah seterusnya, budak-budak pula terlalu ramai yang celik pandai komputer (buta komputer). Maka terpaksa pula ana menjerit-jerit mengajar mereka menggunakan keyboard dan tetikus pula, satu hal lagi. Makan masa pula, mana dengan soalan yang dikemukakan kepada pelajar punya lah banyak hampir 130 soalan (lebih kurang la). Kalau boleh kurangkan sikit. Buat apa banyak-banyak.

Masalah ini berlanjutan pada hari-hari berikutnya, maka dengan kuasa veto yang ada anapun setup kelas-kelas belakang nie. Kalau ikut law sebenar, program ini hanya melibatkan murid-murid yang dikenalpasti pintar sahaja yang perlu mengambilnya. Tetapi bila disuarakan ke GB, GB minta dilaksanakan kepada semua kelas dari thn 3 hingga Thn 6 arahan dari JPN Perlis. Kononnya untuk memberi peluang kepada semua pelajar mendudukinya. Ana menurut perintah.

Bagi ana, secara logiknya murid-murid kelas belakang nie ada baiknya tidak perlu ambil kerana kita sedia maklum kemampuan murid-murid ini. Apatah lagi dengan masalah2 teknikal yang seperti yang ana utarakan tadi. Tak tahulah SK lain macam mana.

Kadang2 terfikir ana, agaknya inilah yang dikatakan guru memerlukan perubahan, berubah dari menumpukan kepada p & p kepada semua aktiviti dan program sampingan yang dikata membebankan guru-guru. Tapi bagi guru apa saja amanah yang diberi tetap dilaksanakan sebaik mungkin demi kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

17 Jun 2009

POLITIKUS

Salam pada yang sudi mengujungi weblog ini...

Ana seperti biasa sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik tanahair. Bagi ana politik sebahagian dari makanan ruji ana. Semua perkembangan politik ini ana ikuti menerusi online. Suratkhabar apa yang ana tak baca, semuanya baca. Akhbar harian ana baca, akhbar politik semua parti ana baca. Bagi ana, orang melayu hanya tinggal kuasa politik di tanah air yang tercinta ini. Hilang politik hilanglah melayu. (Sekadar pendapat)

Hari ini ana dikejutkan lagi dengan berita terbaru, lantaran membuat ana bersemangat untuk menekan butang2 pada papan kekunci hari ini.

Dulu ana ada dengar pendapat orang tua-tua, pasai apa nabi dan rasul terdiri daripada orang arab (bangsa arab)? Kata depa, sebab orang arab susah nak bersatu, keras hati (jahiliah katakan) mungkin sampai hari ini, maka dengan itu Allah SWT mengangkat nabi dan rasul dikalangan mereka. (Anapun tak tahu sangat tentang kebenaran pendapat ini)

Maka ana terfikir pula pasal bangsa melayu hari ini. Siapakah di antara pemimpin-pemimpin hari ini yang boleh menyatukan orang melayu. Pemimpin UMNO, PAS atau PKR? Kerana jika kita nak mengharap lahirnya semula seorang nabi, sudah tentu tidak sekali. sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman. Maka kita dapat mengharap AlQuran dan Al Sunnah sebagai pembimbing kita dunia dan akhirat.

Persoalannya, siapakah pula di antara pemimpin parti-parti politik ini, yang bertunjangkan kepada AlQuran dan AlSunnah itu tadi. Yang dapat mengajak umat melayu ini kearah kesejahteraan hidup demi agama, bangsa dan negara. Ana melihat percaturan politik di antara parti-parti besar ini begitu hebat, politik diletakkan begitu tinggi tarafnya dari Al Quran dan Al Sunnah itu tadi sehingga ana melihat setiap pemimpin lawan tampar menampar, tarik menarik, kritik mengkritik, tuduh menuduh dan berbagai lagi aksi yang menggelikan hari rakyat kebanyakan seperti ana. Itulah aksi-aksi mereka2 yang kita sanjung dengan gelaran YB, Tok Guru, Datuk, Datin dan sebagainya.

Akhirnya, kita menantikan kejatuhan kita dalam politik setelah ekonomi masih berterabur. Kita menantikan mereka menepuk tangan lantaran bahu ditepuk baru kita sedar yang kita sudah tiada apa lagi. Hayati lah bait-bait lirik lagu ini..

WARISAN (KLIK UNTUK DENGAR LAGU)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

14 Jun 2009

EB (ETERNAL BEAUTY) FROM ELKEN





























Salam buat pengunjung,

Hai, malam baru balik? keluh ana sendirian apabila melihat jam 7.45 malam si isteri baru pulang dari Majlis Elkennya kelmarin.

Apa ilmu yang dia dapat? keluh ana lagi. Rupa-rupanya banyak ilmu yang dia peroleh dari majlis tersebut. Nak ana sebut satu persatu tak sanggup banyak sangat. Nah tenguklah sendiri sebahagian dari puluhan photo-photo di bawah, muga-muga dapat dikongsi bersama. Opps, tak ada sensor2 gambar tu ataupun super impose. Kalau beminat dengan EB tu leh contact Hajah Azam 0124203613. Boleh hutang, tapi hutang kad kredit lee.

13 Jun 2009

ISTERIKU DUNIA DAN AKHIRAT

Salam,

Eh, eh yang nak pi mana pula hari ini, tanya aku. Hari nie ada perjumpaan Elken Beauty kat Aloq Setaq, depa nak train cara penggunaan EB (produk kecantikan), jawab isteri. Ooo, takpalah kalau macam tu. Belajaq la betui-betui kot-kot nanti boleh jadi usahawan elken yang berjaya, telah aku.

Sebenarnya bukan apa, ana kekadang kasihan juga tengok dia. Bekerja bagai nak rak orang kata. Kat pejabat dengan cara pejabat. Hari-hari 6.30 petang baru sampai rumah. Kerja banyak katanya, bukan macam pejabat kerajaan boleh goyang kaki dan bersembang berjam-jam. Tapi yang ana musykil sangat nie bahagian manapun isteri ana ditempatkan mesti sibuk. Dan waktu baliknya macam itu juga. Samada kat kaunter teller, akaun, pemasaran,pentadbiran dan sebagainya semua dia dah lalui.

Ana bukan apa, dok teropong-teropong tengok cuba cari konklusi tentang isteri ana kerana kekadang bengang juga dengannya (tapi tetap sabar), rupa-rupanya dia nie suka menolong orang (rakan sepejabat), suka buat kerja orang. Memang ana tak nafikan tentang perkara ini kerana ana melihat sendiri kesibukannya itu. Dengan kata lain kawan-kawan punya pasai sanggup lakukan apa saja. Memanglah baik tolong menolong nie, tuntutan agama, tapi janganlah berlebihan sehingga kita lupa pulak pada keluarga dan anak-anak. Kekadang waktu dia bercutipun ada calling dari sana sini bertanya hal itu ini. Macam pakar rujuk pulak.

Kekadang ana sedih, kerja bagai nak rak, tetapi pengiktirafan tiada. Dah masuk lebih 11 tahun berkhidmat Tahun nie baru dapat B gred atas komitmen kerja itupun kena query macam-macam bila nak bagi B pun. Kalau tidak setakat C saja sebelum nie. Tak tahulah ana ditempat kerja macam mana, curi tulang ka atau sebagainya. Yang ana tahu my wife memang hard working 100% komitmen kekadang 120% kerana bawa balik kerja sampai di rumah. Di rumah pulak dia dah letih, tidur awal, hari-hari tidur awal maka melopong la mata si suami. He,he,he.

Pada isteriku janganlah marah pulak dengan posting nie. Saja ana nak lepaskan tention melalui penulisan ini. Keluarga kita tetap bahagia walau apajua rintangan. Insya Allah ,Wassalam.

12 Jun 2009

Ramai Orang Tak Perasan Terlibat Dengan Syirik

Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir. Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. ' Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...' Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. ' Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya.. .. Dosa syirik boleh diakibatkan oleh... 1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll. 2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan. 3. Mereka yang berdiam diri . 4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM) Dengan ini selesailah tanggungjawab aku Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah : 1) AL-IMAN 2) AL-WASAYA 3 ) AL-TAJASU 4) DANAL-MUSLIMOON Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com< http://www.thequran.com / > (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan maklumat ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!! Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM.... jika sebaliknya... nauzubillah...

From: Maryam bt. Mohamed
Sent: Friday, June 05, 2009 10:44 AM
Subject: Ramai Orang Tak Perasan Terlibat Dengan Syirik

11 Jun 2009

Hai anak-anak


Salam buat semua...


Hari ni dah 10 hari cuti sekolah berlalu, tension tengok gelagat anak-anak sepanjang cuti nie. Bukan nya apa asyik main games saja bagi yang lelaki dan yang perempuan asyik menonton TV sepanjang hari. Lepas satu siri ke satu siri. Tambahan pula banyak sangat drama Indonesia di TV kita sekarang nie.



Hari-hari asyik berperang dengan depa.

08 Jun 2009

MPK OH MAJLIS PERBANDARAN KANGAR




Salam buat semua...



Baru-baru ni tulisan saya mengenai MPK (Majlis Perbandaran Kangar) berkaitan dengan permohonan penebangan pokok kekabu telah saya utarakan dan saya merakamkan jutaan terima kasih atas jaminan untuk menebang pokok tersebut.

Walau bagaimanapun, saya sedikit terkejut juga apabila MPK dalam seminggu yang lalu telah menebang pokok pukul lima yang masya Allah 2 kali lebih besar dari pokok kekabu. Kerja-kerja penebangan pokok tersebut masih berjalan sehingga hari ini. Harap-harap selepas ini, MPK akan mengambil tindakan sewajarnya. Insya Allah. Kami hanya mampu berharap.

KINGTON LIFE PLASMA

KINGTON LIFE PLASMA

Apa itu Kington?


Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Apa itu Bio Ken 2 Series?

PERFECT FUNCTIONALITY

Perfectly Pure Water

Bio Pure Ken 1 uses the advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System, thus removing virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure water (H2O)

Purification System

FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material and airtight cover
Hands-free water dispenser
Fully automated functions of membrane self-cleaning, water level control, water refill and electronic shut-off
Patented design concealed in a unitary manifold for easy maintenance, quality and hygiene
Patented booster pump regulates pressure and ensure constant production

Specifications

Reservoir Capacity:
Warm: 5 ± 0.5 litres
Reservoir Material:
FDA-compliant ABS Food Grade

Dimension

Width – 260 mmDepth – 470 mmHeight – 450 mm
The Bio Pure KEN series is a 5-stage reverse osmosis purification system. Its patented system removes virtually all types of contaminants including viruses as small as 0.0001 micron. Bio Pure KEN is one of the only 3 recipients of WQA Gold Seal worldwide and the only recipient in Asia. It has also won an award at Geneva International Exhibitions as well as the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award for 2 consecutive years in Malaysia.

For more information, please visit http://www.whatsh2o.com/didyouknow/index.html.

Hubungi saya: Hajah Azam 0124203613 untuk urusan pembelian, penghantaran dan pemasangan, tidak kira walau dimana anda berada.

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Elken Spirulina

Organic & Alkaline for Balanced Nutrition

100% pure and organic
Complete food with 46 essential nutrients in a balanced proportion in line with the human body's requirements
Rich concentration of nutrients like protein (amino acids), vitamins, minerals, carbohydrates, essential fatty acids, chlorophyll, beta-carotene, phycocyanin and xanthophyll.
More than 10 international accolades form government bodies & independent organisations
Cholesterol-free protein source that is alkaline-forming
Readily digested and easily assimilated
Certified to be free of microcystine


JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association

Golden Award from the Taiwan Health Food Society

National Biotechnology & Medical Care Quality Award

Golden Award by Taiwan Health Food Society

Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association

GMP Food Certification

Certified ISO14001 by SGS, UK

Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)

Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant

Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University

Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association

Available in 250, 500, 1200 and 3000 tablets.

IKLAN & PROMOSI

IKLAN & PROMOSI
"HPA MENJANA PENDAPATAN UMMAH" Klik pada logo untuk mengetahui lebih lanjut. Daftarlah secara online diweb replika tersebut.

MENCARI NAMA ANAK DALAM ISLAM

HALALKAH APA YANG DI MAKAN? CHECK TENGOK..

Layan Je