23 Februari 2009

BOLA SEPAK KAW PELAJARAN PAYA

Guru-guru yang komited. Tak kira sukan apa, tatap beri sokongan

Salam
Haa, hari ini agak sibuk sikit. Kelam kabut mana dengan nak hantar anak pulang sekolah kerana hari ini dia balik pukul 2.40 ptg dan time juga bola sepak kawasan pendidikan Paya berlangsung di padang sekolah saya.


Bukan setakat ari nie ja, malah sepanjang awal-awal tahun persekolahan memang terlalu sibuk sangat dengan aktiviti sukan. Mana dengan sukantara sekolah, pastu olahraga kawasan, sepaktakraw kawasan dan ari nie bola pulak. Dan lepas-lepas nie macam2 lagi. Tapi keletihan para guru kekadang terubat dengan kejayaan murid-murid.


Hari ini keletihan terubat dengan kemenangan pasukan sek saya SK Seri Tunjung yang membelasah Sek Rendah Islam 1 dengan 8-0, selang 1 jam mereka membelasah pulak SK Batu Bertangkup dengan jaringan 4-1. Untuk makluman, SK Batu Bertangkup antara team yang digeruni di rantau Paya nie. Hebatlah katakan ! Tapi dengan semangat yang tinggi, walaupun terpaksa bermain 2 kali , pemain-pemain SKST berjaya mencipta juga kejayaan. Ha, esok SKST akan bertarung pulak dengan SK Padang Kota. Harap-harap, kejayaan akan mengiringi pasukan. Insya Allah.

15 Februari 2009

MANFAAT SPIRULINA UNTUK KESIHATAN

SPIRULINA dikategorikan sebagai tumbuhan alga yang berwarna hijau kebiruan. Ia adalah suplemen yang popular di Jepun dan dipasarkan sebagai nutrisi tambahan di Amerika Syarikat. Perubahan cara pemakanan dan gaya hidup moden mungkin mendorong kebanyakan kita atau masyarakat moden amnya yang perlukan sokongan makanan tambahan untuk melengkapkan keperluan tubuh.


Pemakanan kita hari ini selalunya mengikut selera makan, manakala pengaruh iklan juga turut memberi sumbangan yang besar dalam menentukan pilihan makanan. Kesannya, ramai yang mengambil makanan segera dan makanan sedia proses yang tinggi dengan lemak, karbohidrat dan gula serta kurang sayuran semula jadi dan fiber.

Makanan sebegini akan meningkatkan berat badan, meningkatkan paras kolesterol, menjejaskan sistem pencernaan dan seterusnya membawa kepada masalah kesihatan pada masa akan datang.


Spirulina organik dikenali sebagai makanan lengkap kerana ia mengandungi hampir semua jenis nutrien. Ia juga kaya dengan sumber protein yang senang dicernakan, selain mengandungi klorofil, karotenoid, mineral, asid gama linolenik (GLA) dan pigmen tumbuhan yang unik.

Protein diperlukan untuk membina dan membaiki otot dan tisu. Ia juga digunakan sebagai sumber tenaga ketika latihan atau senaman yang memerlukan daya ketahanan. GLA penting untuk pelbagai jenis masalah kesihatan seperti ekzema atopik, sensitiviti hormon dan masalah inflamasi.

Spirulina organik mengandungi vitamin dan mineral yang bermanfaat seperti vitamin B dan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium yang penting untuk metabolisme tenaga, fungsi aktiviti enzim yang normal, kesihatan sistem saraf serta pengecutan dan pengenduran otot untuk mengekalkan fungsi yang normal.

Siapakah yang memperoleh manfaat daripada pengambilan organik spirulina? Spirulina sesuai untuk warga tua yang biasanya tidak dapat menyerap dan mengguna sepenuhnya nutrien penting dalam makanan. Spirulina dengan sel dinding yang lembut, lebih mudah dicerna, membolehkan kandungan nutriennya diserap dan digunakan oleh badan.

Spirulina kaya dengan sumber protein. Oleh itu, ia juga sangat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan juga orang dewasa untuk bekalan tenaga.

Untuk mereka yang ingin menjaga berat badan, spirulina yang rendah lemak, kalori dan tanpa kolesterol sesuai digunakan untuk mengawal berat badan secara semula jadi. Di samping itu, kandungan klorofilnya yang tinggi pula membantu menyahtoksik.

Spirulina juga membantu menampung keperluan mineral penting seperti magnesium, kromium dan vitamin B12 dan mungkin juga bermanfaat untuk membantu memperbaiki penggunaan glukosa di kalangan pesakit diabetes.

Di samping itu, spirulina membantu membekalkan zat besi, magnesium dan mineral mikro kepada mereka yang mengalami yang kekurangan zat besi.

Untuk pelajar atau individu yang sibuk bekerja, mereka biasanya kurang mendapat hidangan makanan yang berkhasiat. Memandangkan spirulina juga kaya dengan vitamin B termasuk tiamin dan riboflavin yang diperlukan untuk metabolisme karbohidrat dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Oleh itu, spirulina adalah sangat sesuai untuk membekalkan tenaga dan nutrien penting di saat tubuh memerlukan prestasi yang optimum .

Vegetarian berkecenderungan mengalami kekurangan zat besi, kalsium, vitamin B12, zink dan protein. Dengan itu, pengambilan spirulina akan membantu membekalkan nutrien yang lebih menyeluruh.

Spirulina juga membekalkan tenaga berpanjangan untuk golongan atlit yang inginkan daya ketahanan yang tinggi kerana spirulina mengandungi asid amino yang juga diperlukan untuk membaik pulih tisu selepas senaman.

Untuk mereka yang sedang pulih daripada pembedahan ataupun kecederaan. Spirulina membantu memperbaiki sel dan dan mungkin memberi faedah kepada proses pemulihan.

Artikel dipetik dari : Berita Harian (Khamis 12 Februari 2009)

Elken menawarkan produk spirulina yang terbaik di pasaran.

07 Februari 2009

TRAGEDI PERAK DARUL RIDZUAN

Assalamualaikum wbt..
Terpangggil juga saya untuk memperkatakan tentang senario politik di Perak nie. Sebelum ini tak kisah sangat dengan politik. Secara peribadinya, bagi saya politik terlalu busuk lagi membusukkan dengan kerakusan manusia yang gila kuasa. Kerana mereka sedar dengan kuasa, mereka boleh bermaharajalela. Dengan kuasa mereka boleh menjadi kaya-raya. Bahkan kaum kerabat juga boleh hidup senang lenang. Inilah hakikat yang aku sebagai rakyat dok nampak la. Bagaimanapun aku tak nafikan sememangnya ada juga ahli politik yang berjiwa rakyat, hidup dan matinya hanya kerana rakyat dan Allah SWT.
Telinga aku yang tidak pekak ini, sering mendengar sendiri ungkapa-ungkapan orang politik yang baru berjawatan di peringkat cawangan berkata " tak guna berpolitik kalau tak guna kesempatan dengan kedudukan yang ada untuk menjadi senang." " Takpa hang nak projek, aku akan call sendiri datuk itu datuk ini untuk dapatkannya"."Dalam politik kalau tak berani jijak kepala kawan jangan berpolitik". Betapa jeleknya ungkapan-ungkapan ini pada saya. Itu baru diperingkat bawahan, apatah lagi diperingkat atasan.
Apakah ini matlamat utama mereka berpolitik? Apakah ini pemimpin yang rakyat kehendaki? Apakah semua orang politik mempunyai naluri dan keinginan yang sedemikian? Bagaimana kalau aku sendiri berjawatan dalam politik, adakah mungkin aku boleh melarikan diri dalam keadaan sedemikian? Jawapannya , mungkin keimanan dan ketakwaan pada yang Maha Esa dapat menjauhkan kita dari keadaan sedemikian.
Berbalik kepada persoalan politik yang berlaku di Perak. Simpati juga aku kepada MB Nizar apabila memikirkan cara beliau dinafikan hak sebagai MB. Kerana adanya ADUN yang suka lompat melompat nie. Aku tak tahu semasa melompat apa yang ada difikiran mereka pada waktu itu. Kejujuran, keihklasan atau sebagainya, hanya mereka yang tahu.
Dalam masa yang sama, akupun tumpang gelihati seperti Che Det. Lompat masuk PR tak apa kerana demokrasi tapi kalau lompat masuk BN dianggap pengkhianat kepada sistem demokrasi. Aku ada terbaca dan terdengar kisah bagaimana diuar-uarkan ADUN BN akan melompat ke PR, tetapi hairan juga yang terjadi adalah sebaliknya. Apakah hikmah disebalik kejadian ini. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Dua senario ini, terfikir juga lah aku, inilah kot yang dikatakan politik itu kotor lagi menjijikkan. Apakah orang politik sentiasa bergelumang dengan keadaan sedemikian? Susah juga aku nak jawab (dok tanya buat apa dah susah nak jawab).
Lebih menyedihkan, bila kita sendiri dah jadi kurang ajar dan derhaka kepada Sultan. Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan . Yang aku hairan mengapa melayu sahaja yang mengambil bahagian, mana perginya yang lain???? Kalau ada Tok Tuah, mungkin dah bergelimpangan mayat mereka yang derhaka ini. Pada masa yang sama rasa-rasanya dah berjayakah agenda mereka yang inginkan sultan diderhaka. Persoalannya, mengapa kita sanggup derhaka kepada sultan hanya kerana politik? Ha, nie lagi satu soalan yang aku sendiri tak tahu nak menjawab.
Akhirkata, Ya Allah jauhilah segala keturunan ku dari menjadi ahli politik, sekiranya dengan berpolitik boleh membawa kepada kehancuran agama, bangsa dan negara. Amin Ya Allah.

04 Februari 2009

RUMAH TERBENGKALAI




Salam..






Sebenarnya saya hanya ingin berkongsi cerita dengan pembaca sekalian, supaya dapat dibuat ikthibar dan pengajaran yang berguna untuk hari muka.






Rumah ini sebenarnya mula dimajukan pada September 2007. Tukang kayunya kawan sekampung yang lama tak jumpa kerana berhijrah ke Ipoh Perak. Kebetulan jumpa dia lantas saya bertanya khabar. Wah, rupanya kontraktor besar dia. Punyai pekerja sendiri. Atas kepercayaan itu, sayapun bersetuju mengambil beliau membina rumah tersebut.






Pun begitu, sebenarnya bukan lah dalam masa terdekat untuk membina rumah tersebut. Kerana perancangan saya, awal tahun 2008 baru nak mulakannya. Tetapi atas desakan kawan sekampung ini, yang tak henti2 meminta supaya disegerakan pembinaan, akhirnya saya bersetuju juga. Walaupun pada masa itu kantung belum mencukupi untuk membina rumah.






Dipendekkan cerita, saya telah menyerah sebanyak RM40K dalam masa 3 minggu. kepada sahabat ini untuk disiapkan fasa mula. Katanya ada pekerja sendiri, akhirnya tukang siam (Thai) juga yang dicari. Dan akhirnya, hilang entah kemana. Masih hidupkah sahabat ini? Dengan jumlah wang sebanyak itu rupa-rupanya beliau hanya mampu mengikat bata separas pinggang sahaja. Hingga sekarang, batang hidungnya pun saya tidak kelihatan lagi. Selepas sahabat ini menghilangkan diri, barulah saya mendengar cerita-cerita negatif dari penduduk kampung tentang si hamba Allah ini. Yang peliknya, mengapa benda dah berlaku baru nak diceritakan, mengapa tak dicerita lebih awal. Kalau tidak selamatlah aku...




Peristiwa ini benar-benar memusnahkan semangat saya dan isteri yang sebelum ini berkobar-kobar ingin melihat rumah tersebut siap dibina.


Awal Januari 2009, rumah yang sudah setahun lebih terbengkalai ini akhirnya disambung semula setelah mendapat semangat baru. Itupun terpaksa refinance semula umah yang saya duduki sekarang kepada isteri . Tapi masih tidak jual pada orang, tetapi jual pada isteri. Nak buat macam mana kalau tak buat begitu. Kerja kerajaan nie hanya sekadar cukup makan sahaja. Nampaknya lepas nie, terpaksa ikat perut yang buncit nie sikit. Biar tidak berduit tetapi berharta. Insya Allah, tak rugi bina rumah dari beli kereta baru.






Kelmarin tukang kayu dah naikkan rangka-rangka bumbung. Teruja juga. Mulalah rasa tak sabar. Tetapi rumah ni, bila dekat nak pencen baru nak mendudukinya. Kalau siap pun, perancangannya untuk dibuat homestay saja. Nak sewa, kasihan kat kakak-kakak yang jauh. Bila balik kampung berkerumun penuh di rumah peninggalan arwah ayah dan emak yang sekadar rumah RPA. Kalau siap nanti, nak bermalam di Padang Besar (Syurga membeli belah) bolehlah tempah homestay nie ya. Just 100Meter saja untuk ke Arked Niaga Padang Besar. Cewah... lambat lagi oiii nak siap.






Pada sahabat tersebut, Insya Allah aku sentiasa berdoa agar Allah SWT membuka hatimu untuk berubah menjadi hambaNya yang jujur dan amanah supaya tiada orang lain menjadi mangsanya.

KINGTON LIFE PLASMA

KINGTON LIFE PLASMA

Apa itu Kington?


Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Apa itu Bio Ken 2 Series?

PERFECT FUNCTIONALITY

Perfectly Pure Water

Bio Pure Ken 1 uses the advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System, thus removing virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure water (H2O)

Purification System

FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material and airtight cover
Hands-free water dispenser
Fully automated functions of membrane self-cleaning, water level control, water refill and electronic shut-off
Patented design concealed in a unitary manifold for easy maintenance, quality and hygiene
Patented booster pump regulates pressure and ensure constant production

Specifications

Reservoir Capacity:
Warm: 5 ± 0.5 litres
Reservoir Material:
FDA-compliant ABS Food Grade

Dimension

Width – 260 mmDepth – 470 mmHeight – 450 mm
The Bio Pure KEN series is a 5-stage reverse osmosis purification system. Its patented system removes virtually all types of contaminants including viruses as small as 0.0001 micron. Bio Pure KEN is one of the only 3 recipients of WQA Gold Seal worldwide and the only recipient in Asia. It has also won an award at Geneva International Exhibitions as well as the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award for 2 consecutive years in Malaysia.

For more information, please visit http://www.whatsh2o.com/didyouknow/index.html.

Hubungi saya: Hajah Azam 0124203613 untuk urusan pembelian, penghantaran dan pemasangan, tidak kira walau dimana anda berada.

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Elken Spirulina

Organic & Alkaline for Balanced Nutrition

100% pure and organic
Complete food with 46 essential nutrients in a balanced proportion in line with the human body's requirements
Rich concentration of nutrients like protein (amino acids), vitamins, minerals, carbohydrates, essential fatty acids, chlorophyll, beta-carotene, phycocyanin and xanthophyll.
More than 10 international accolades form government bodies & independent organisations
Cholesterol-free protein source that is alkaline-forming
Readily digested and easily assimilated
Certified to be free of microcystine


JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association

Golden Award from the Taiwan Health Food Society

National Biotechnology & Medical Care Quality Award

Golden Award by Taiwan Health Food Society

Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association

GMP Food Certification

Certified ISO14001 by SGS, UK

Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)

Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant

Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University

Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association

Available in 250, 500, 1200 and 3000 tablets.

IKLAN & PROMOSI

IKLAN & PROMOSI
"HPA MENJANA PENDAPATAN UMMAH" Klik pada logo untuk mengetahui lebih lanjut. Daftarlah secara online diweb replika tersebut.

MENCARI NAMA ANAK DALAM ISLAM

HALALKAH APA YANG DI MAKAN? CHECK TENGOK..