Mutakhir ini istilah pengkhianat hangat diperkatakan sana sini dalam suasana politik hari ini. Menuding jari menuduh orang sebenarnya kerja mudah, tak perlu bayar. Tetapi siapakah sebenarnya pengkhianat ? Pengkhianat yang nyata dengan pengkhianat halimunan , siapa lebih bahaya?
Ana ingin menjelaskan di sini supaya UMNO (parti yang ana dokong) melihat kembali pengkhianat halimunan yang sekarang ini berleluasa mengkhianati UMNO itu sendiri. Buat ana mereka ini lebih bahaya. Tetapi siapakah mereka? Inilah nasib rakyat
- pemimpin akar umbi yang tidak mendengar masalah rakyat dan hanya menolong kaum puak mereka sahaja. Ini berlaku , di mana ibu tunggal disisihkan hak mereka walaupun telah kehilangan suami yang tercinta 30 tahun yang lalu dengan kehidupan yang daif.
- rakyat yang hidup tidak bertanah dan bergeran walaupun meneroka/menduduki tanah tersebut berpuluh tahun yang lalu.kerana dikhianati hak mereka oleh pemimpin atasan yang tidak bertanggungjawab.
- rakyat yang bekerja di sektor awam yang melanjutkan pelajaran dikategorikan seperti kasta dalam agama hindu untuk mendapatkan kemudahan pelajaran seperti biasiswa,pinjaman dan sebagainya, walhal ada kategori pekerja yang belajar secara percumapun, maka mereka yang dipertanggungjawabkan ini juga pengkhianat.
- rakyat kebanyakan tidak berpeluang beroleh tender kerajaan dari tender sebesar-besarnya hingalah tender sebesar kumanpun susah nak dapat kerana adanya pengkhianat dalam agensi/jabatan kerajaan hatta, pemimpin2 ADUN sekalipun yang berkepentingan.
Rasanya cukuplah dengan beberapa contoh tersebut sebab kalau nak nyatakan banyak sangat pengkhianat dalam UMNO dan parti pemerintah itu sendiri. Golongan2 ini seperti barah yang akan meruntuhkan institusi UMNO /pemerintah itu sendiri. Inilah yang berlaku sekarang ini.
Maka, ana menyokong penuh saranan Dato Seri najib (PM kita) yang menyarankan setiap pemimpin perlu mendekati rakyat mendengar masalah seterusnya menyelesaikan permasalahan tersebut seiring dengan gagasan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan".
UMNO- Dulu,Kini dan Selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....