Salam,
Kelmarin ada terima surat dari pihak Astro, ingatkan surat apa, Baca-punya baca rupa-rupanya Astro menaik yuran langganan pakej Sukan Astro sebanyak RM12 lagi.
Waduh, pening kepala beb. Bukannya apa dalam hati nie memang ada ura-ura nak stop saja astro nie. Maklumlah, macam ana pasang Astro just nak tengok EPL ja. Tambahan sekarang nie EPL stop sekejap, so kekadang tak bukak langsung TV tu.
Astro mengatakan untuk menampung kos yang semakin meningkat. Tetapi ana yang bodoh nie pening juga. Kos meningkat tetapi hujung tahun Astro isytihar untung berbillion2 ringgit. Kalau tak billionpun ratusan juta ringgit. Makna kata, kos meningkat tetapi tetap untung. Mengapa nak menyusahkan rakyat. Mengapa perlu tamak? Mana tanggungjawab sosial astro kepada rakyat khususnya sebagai pencetus budaya bersukan di kalangan rakyat.
So, kita minta pihak kerajaan tidak butakan mata pekakkan telinga dalam hal ini. Jangan biarkan korporat-korporat yang mungkin akan menyamai lintah darat ini terus menekan rakyat, walaupun rakyat ada pilihan samada melanggan atau tidak.
Harap Astro mempunyai pendekatan dan kaedah lain untuk mengatasi peningkatan kos tersebut. Ana berpendapat kalau tak kerana channel sukan Astro dah lama ana tidak melanggannya. So, bertimbang rasalah cikit.
Maka ana terfikit atas sebab itulah channel ini dijadikan umpan untuk merancang strategi perniagaan mereka. Kalau nak naikpun, naiklah tetapi bolehkah ana langgan just channel sukan ja, kira channel lain ana tak mau. Ada ke pakej macam tu. Kenapa tak di buat.
Aiyoyo.
Collaboration request
Setahun yang lalu
Biasa la Bro,semua nak berebut jadi orang paling kaya d malaysia...........Apa kata klu lu lancarkan persatuan pelangan Astro malaysia.Kita pakat2 gabung tekan skit Astro nih..baru depa ada akai...cam na?I follow..
BalasPadamSalam
BalasPadamSdr Mior, idea tersebut boleh di pertimbangkan tetapi ana minta maaf kerana nak jadik launcher kan mudah. Just kita berharap kerajaan dapat bertindak bagi pihak kita. Insya Allah.
Kerajaan bab lain,kita sebagai pengguna pun kena main peranan..mana lg nak bergelut ngan politik..
BalasPadamKita skrg ni dah tahap kena buli ngan Astro.Apakata lancarkan satu blog khas untuk pengguna astro,memula kita berforum dulu ke...
Lpas tu pakat daftar jadi ahli..gua yakin pasti dapat sambutan...