Salam..
Kita masih lagi dalam suasana hari raya aidil Fitri. Sana sini masih sibuk dengan rumah-rumah terbuka.
Alhamdulillah hari Ahad minggu lepas Penduduk Lorong 3 , Taman Melati Indah, 02400 Beseri Perlis telah mengadakan rumah terbuka yang ke-11 khususnya untuk penduduk di lorong 3 le. Sebenarnya amalan ini agak unik kerana lorong ini sahaja yang sering memeriahkan sambutan hari raya tidak kira Hari Raya Aidil Fitri atau Korban. Sedangkan lorong-lorong lain di taman ini tidak pernah berlaku aktiviti sebegini.
Majlis sambutan ini diserikan lagi dengan acara sukaneka untuk kanak-kanak dan pemberian duit raya. Malah sebagai memeriahkan lagi suasana, maka penduduk lorong 3 dengan besar hati turut menjemput lorong-lorong lain bersama-sama menikmati juadah yang disediakan antaranya bihun sup utara, laksa, lontong, nasi tomato, kuih muih, ketupat, laksa johor dan berbagai juadah yang sememangnya sedap-sedap belaka
Muga-mugahan amalan ini akan berterusan dan akan dijadikan tradisi penduduk lorong 3,sesungguhnya amalan ini akan mengeratkan tali silatulrahim antara penduduk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....