Salam..
Hari ini sibuk sikit. Kena hadir mesyuarat penyelaras ict di BTPN Perlis. Tertarik ana dengan kenyataan Ketua Sektor ICT yang menegaskan kepada penyelaras bahawa tugas Juruteknik komputer yang ditempat di sekolah-sekolah berperanan sebagai juruteknik (baiki, selenggara alatan ICT dan kerja2 mencakupi bidang tugas mereka sahaja). Kami diingatkan juga supaya tidak menjadikan Juruteknik Komputer sebagai tukang sapu makmal atau sebagainya diluar bidang tugas mereka. Tapi yang peliknya, bagaimana dengan kami Penyelaras Makmal ICT dalam masa yang sama menjadi Guru yang mengajar di dalam kelas, bukan tukang sapu lantai, cuci sesawang, lap debu dan habuk, tukang baiki komputer dan tukang selesaikan serba serbi. Sudah lama kami lakukan kerja nie tanpa sebarang pembelaan. Mengapa diletakkan juruteknik begitu istimewa tempatnya . Kalau guru boleh laksanakan tugas mengajar dan penyelaras makmal serentak, mengapa tidak juruteknik? Di mana salahnya, sekiranya Juruteknik Komputer juga memainkan peranan menjaga kebersihan makmal.
Beliau juga menyarankan supaya Juruteknik diberi tempat duduk di dalam makmal komputer. Tidak diletakkan berselerak entah dimana-mana. Yang ini ana kurang bersetuju. Kenapa, kerana juruteknik komputer di sekolah ana diberi tempat duduk yang sepatutnya ana berada di situ. Dan akhirnya, ana terpaksa merempat. Yalah tak kan ana nak duduk sekali dalam makmal tu kerana juruteknik nie perempuan. Nanti susah jadinya. Oleh yang demikian, ana susah nak memantau perjalanan dan pengurusan makmal ict. Ana juga rasa seolah-olah ana tidak ada kuasa dalam menentukan arah tuju pengkomputeran sekolah kerana banyak kerja-kerja ana diambil alih oleh juruteknik komputer. Terima kasihlah ana ucapkan. Dalam masa yang sama ana tak berapa seronok nak bekerja dalam situasi yang serba salah nie, tidak seperti ana di SK Padang Besar. Ana diberi mandat sepenuhnya dalam menentukan hala tuju ICT sekolah.
Ana nak cadangkan kepada JPN Perlis, supaya jawatan Penyelaras Makmal ICT nie adalah lebih baik diserahkan sepenuhnya kepada Juru Teknik Komputer, apabila semua sekolah mempunyai seorang juruteknik nanti. Bolehlah guru-guru menumpukan kepada p & p sahaja.
Ingat-ingat tahun depan ana harap ada guru-guru lain yang sudi mengambil alih tempat ana. Lagipun ana dah lama sangat jadi penyelaras nie sejak dari mula makmal diperkenalkan di sekolah-sekolah. jemu dah, dan sudah malas melayan kerenah komputer nie, sampai mata ana semakin kelabu sekarang nie..... Malas,malas.
Collaboration request
Setahun yang lalu
terima kasih..sy baru dilantik secara rasmi jd pyelaras it thn nie...mmg xtau ape sbb sy ngajar math..tp 'boss' tpaksa bg tgs nie sbb dia nk guru data tumpukan pd data sekolah..nie bru nk bjinak2 tp mcm yg cgu azam kata la..mane nk tumpukn pd p&p lg..tp sy akan try the best..
BalasPadamBetul la...Masa ngajar penyelaras makmal komputer dah 27 waktu. Mana sempat nak buat tugas2 tu semua.Bagi sekolah yang ada Juruteknik untung la, tapi bg sekolah yg tidak ada Juruteknik terpaksa buat semua tugas, nak lapor kerosakanpun kena check dulu PC kat mana rosak, bukan blh main hentam ja.Baru nak buka PC dpt pulak kelas ganti.Kerja tergendala.klu nak diikutkan hati biar saja makmal berdebu dan berselerak( tapi tak sampai hati pulak, kerja dalam semak samun)terpaksa la kita pegang penyapu.Juruteknik ni pun satu, apa salahnya pegang penyapu sekali sekala dah tempat kita kat dalam tu buat la ibadah sama, bkn tiap2 hari PC tu nak rosak.Dulu masa guru data blh pgg jawatan penyelaras ICT(12 waktu) kedua2 tugas dpt disiapkan sbb masa sedikit tp sekrg ni bila guru data tak blh pegang jawatan penyelaras makmal atas arahan ketua sektor semua jadi tak sempat sbb masa ngajar banyak. Itu belum ditambah dengan kerja-kerja sampingan yang lain, sampai buat pelan sekolahpun dicarinya penyelaras makmal komputer.
BalasPadamHello are using Wordpress for your blog platform?
BalasPadamI'm new to the blog world but I'm trying to get started and set up my own.
Do you need any coding expertise to make your own blog?
Any help would be greatly appreciated!
Also visit my web page :: ford ranger