Hari ini ana terbaca lagi kisah politik yang kekadang memualkan tetapi apakan daya sebagai rakyat Malaysia orang melayu yang hanya tinggal kuasa politik, kisah-kisah ini harus didepani walaupun meloya dan memualkan.
Dalam Malaysiakini Lim berkata beliau tidak menentang keistimewaan org melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum di Malaysia. Aduis, ana gelihati statement ini. Bagi ana jika menolak perbezaan bedasarkan kaum bermakna kita rakyat Malaysia adalah sama dalam segala aspek dan keutamaan. Justeru sebenarnya bermakna kita juga telah menolak dan menentang segala keistimewaan dan hak untuk orang - orang melayu. Tiada bezanya.
Ni ana nak habaq kat Lim, tak payahlah dok pertikai sangat benda-benda yang termaktub dalam perlembagaan ni, cuba cek fikiaq sikit soal bagaimana nak mengukuh perpaduan kaum, soal meningkatkan ekonomi negara yang akhirnya mereka juga untung, soal kedaulatan negara dari diperkotak katikkan oleh anasir luar. Bukankah ini persoalan=persoalan yang amat penting untuk ditangani oleh mereka Yang Berhormat. Tak payahlah pakai otak ciput macam kami orang kebanyakan nie. Takut nanti monyet dihutanpun turut ketawa.
Lagi satu ana nak habar, yang Lim nie dok kalut wat apa dengan perbezaan kaum nie. Cina tetap cina, melayu tetap melayu, india tetap india mana boleh nak sama. Selama-lamanya akan berbeza. Cuma tolenransi saja yang membolehkan kita menjadi hampir sama. Kalau tak dak, maka tiadalah. Ana sendiri kalau pergi kedai 'taukeh'nak beli sparepart motorlah katakan, tauke tu tengok saja muka, ooo muka melayu harga lain,, ooo muka sama, wa punya bangsa harga mau kasi mulah cikit. Rasanya keadaan ini dirasai oleh semua orang melayu, Tetapi kita tidak pernah mempertikai harga itu walaupun kita sedari ianya berlainan harga kerana kita percaya itu hak taukeh itu dan atas semangat toleransi. Dia punya pasal. Asalkan kita mencapai matlamat dan berpatutan. Begitu juga halnya dengan negara kita, dimana buruknya sekiranya orang Melayu dilebihkan sedikit sebab kita watan di negara tercinta ini. Mengapa mereka tidak boleh menutup mata sedangkan mereka juga sebenarnya mendapat manfaatnya dari kemakmuran negara ini. Manfaat yang bukannya sedikit, tetapi memperlihatkan kedudukan ekonomi yang jauh lebih baik dari watan dinegara ini.
Maka nyatalah kepada kita sebenarnya golongan ini TERLALU TAMAK dan tidak pernah bertoleransi akata dan rasa.
- Teringin melihat semua kaum aman, damai dan makmur -
Collaboration request
Setahun yang lalu
Greetings! Very useful advice within this article!
BalasPadamIt is the little changes which will make the most significant changes.
Thanks a lot for sharing!
Stop by my web blog - ford ranger forum
Its like you read my mind! You seem to know a lot about this, like you wrote the book
BalasPadamin it or something. I think that you could do
with some pics to drive the message home a little bit, but instead of that, this is
wonderful blog. A great read. I'll certainly be back.
Also visit my weblog - Ford Ranger Forum