Salam,
Ana terpanggil jugalah untuk memberi komen tentang kemelut politik yg tetiba melanda DUN Titi Tinggi. Sebagai salah seorag pengundi Dun tersebut adalah wajar perletakan jawatan adun tersebut tidak harus dipertikai apatah lagi untuk memujuk rayu agar beliau kembali menarik keputusan yg ana rasa amat wajar.
Ana beranggapan penarikan kembali keputusan melatak jawatan sebagai keputusan yang amat hodoh lagi busuk kerana ternyata kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat hancur sama sekali. Sesungguhnya wakil rakyat yang sebegini rupa lebih mementingkan kedudukan dan pangkat dari keihklasannya untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.
Untk pengetahuan, rekod MCA di Dun Titi Tinggi, amat tidak disenangi oleh orang2 melayu yg sememangnya rasa terpinggir dan dipinggirkan. Tidak ada usaha2 untuk mengangkat kedudukan ekonomi orang-orang melayu di situ. Tidak ada IKS yang dibangunkan bagi memberi peluang dan ruang kepada ibu-ibu tunggal menjana pendapatan, tidak ada usaha untuk memastikan penduduk yang menetap di situ berpuluh dekad lamanya untuk memperoleh TOL atau geran.
Wakil rakyat MCA juga bersikap rasis, kenapa ana berkata demikian. Peristiwa menebang pokok pokok besar di perkampungan Cina dilaksanakan dengan segera atas peruntukan wakil rakyat itu sendiri sedangkan org melayu terpaksa merayu kepada MPK untuk menebangnya. Sistem perparitan hanya sekerat jln yang menyelesaikan masalah rumah penduduk cina, sedangkan air dari sistem perparitan itu dibiarkan melimpah ruah sehingga memasuki rumah penduduk melayu dan menjadi rumah penduduk melayu sebagai laluan air dari perparitan itu. Bila ditanya kepada penduduk cina tersebut kenapa parit sekerat tidak disalurkn terus ke longkang besar, katanya MCA yang buat saya tak tau. Bukan ana rasis, kerana masyrakat cina jg berhak atas hak mereka cuma jangan ada pemimpin yang melaksanakan amanah secara terpilih.
Sepanjang wakil rakyat ini berkhidmat, amat sukar menemui beliau untuk diajukan masalah penduduk. Jadi sebagai pengundi , kami beranggapan pada pilihanraya yang akan datang adalah wajar BN meletak calon Umno di sini memandangkan majoriti penduduk Dun Titi Tinggi adalah 80% orang Melayu. Kita melihat trend sekarang pengundi2 bukan melihat calon dari parti mana, tetapi melihat kepada pemimpin yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan sudah tentulah pemimpin dari suara majoriti masyarakat di situ. Faktor kaum wajar diambil kira oleh BN jika ingin terus berkuasa
Akhir kalam, ana percaya PRU 13 akan mengubah lanskap poltik di Dun Titi Tinggi jika faktor calon majoriti tidak diambil kira oleh BN kerana orang2 melayu percaya ini bukan masanya BN khususnya UMNO bertolak ansur atas perkara ini kononnya atas semangat setiakawan. Sesungguhnya calon MCA telah ditolak oleh masyarakatnya sendiri dengan bukti penubuhan cawangan DAP di Padang Besar setelah lama DAP gagal bertapak.
Collaboration request
Setahun yang lalu
saudara azam.. sehingga sekarang saya masih tidak faham dgn pengundi melayu kawasan ini.. dah tahu terang-terang bahwasanya lebih 80% pengundi kawasan ini Melayu, yang hampa dok pangkah BN jugak buat apa??? Kalau tak setuju, bantahlah dgn undi tuan... berikan sepenggal kepada PAS/PKR/Bebas... kalau dah wakil dari parti pemerintah pun tak boleh buat apa, baik bagi kat orang Islam jadi wakil.... sure tak lama kemudian pelbagai janji dan pembangunan akan ditabur bagi memastikan BN menguasai kembali kawasan berkenaan...
BalasPadam