Salam,
Sudah 2 hari kita melangkah ke tahun 2010 bersamaan dengan 1431 Hijrah. Setiap lita tentunya menaruh keazaman dan semangat baru dalam menempuh kehidupan yang beranjau.
Tetapi apa yang ingin aku perkatakan disini, masih lagi dengan rintihan aku dan sejumlah besar penduduk di Kg Melayu Padang Besar tempat aku dilahir dan dibesarkan yang masih tidak bergeran atau BerTOL hingga ke hari ini.
Kalau tak salah aku 2 tahun yang lalu, kami memenuhi Dewan Orang ramai di Kg aku mengisi borang untuk mendapat TOL, katanya selepas isi borang tersebut dalam masa 6 bulan kami akan dapat TOL kemudian 8 bulan pula akan dapat geran. Tetapi sehingga ke hari ini, tahi TOL pun tak nampak. Mana pergi mampusnya YB-YB negeri ini.(Marah sangat nie).
Especially Exco Tanah Negeri, tolonglah mai jenguk sat. Jadilah exco yang bertanggungjawab, dekat dihati rakyat. Mai bagitau sat, apa sebenarnya yang menghalang dari kami mendapat geran tersebut. Bukannya setahun dua kami memohon, 30 tahun yang lalu sehingga mak bapak kami kebanyakkannya dah meninggal, tinggal kami generasi kedua yang terpaksa membuat permohonan semula.
Baru-baru ini aku mendapat surat gagal dari Pejabat Tanah Negeri, yang tidak membenarkan aku mendapat bekalan air dan letrik di rumah yang aku baru bina atas tapak rumah lama tu. Pening juga aku. Inikah yang dikatakan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan." Geli geliman aku mendengar slogan ini. Aku ni sokong BN dari aku dibangku sekolah lagi, tetapi ini balasan BN kat aku dan penduduk Kg Melayu.
Aku harap YB Cikgu Mat Rawi (Exco Tanah Negeri), tolong lihat masalah ini jgn sampai aku pula mati lepas nie.
Collaboration request
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....