(klik imej untuk baca)Salam blogger,
Bila sy merenung betul-betul slogan nih, slogan yang dipopularkan oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri kita , sy terpinga-pinga juga tentang kebenaran slogan tersebut apakah ianya wawasan ikhlas atau sebagai hiasan pemimpin sahaja.
Saya telah kerap kali mendendangkan lagu yang sama pada entri yang lepas iaitu mengenai geran tanah penduduk Kg Melayu Padang Besar yag masih berlarutan hingga ke detik ini. Manakan tidak saya melatah sepanjang hari, sesungguhnya inilah satu-satunya tanah yang saya miliki sejak setengah abad yang lalu hasil peninggalan arwah. Apatah lagi pada saat ini saya telah meroboh rumah arwah yang lama dan bangunkan dengan rumah baru dengan kos di saat ini melepasi paras 115k
Oleh itu, gagasan PM kita ditagih dan diharap menjadi realiti kepada saya dan sekalian penduduk Kg Melayu yang majoritinya senasib dengan saya. Tetapi harapan tingal harapan kerana pemimpin diperingkat negeri ini rasanya seperti tidak menghayati slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di utamakan."
Manakan tidak saya mengatakan demikian, 2 bulan lepas saya telah menerima surat yang menolak permohonan saya memasukkan sambungan elektrik oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perlis tanpa menyatakan alasan walaupun permohonan itu disokong oleh YB Titi Tinggi.
Maka tindakan susulan dilakukan dengan mengambil sokongan semula dari YB Adun Titi Tinggi diringi sokongan JKKK diarahkan surat kepada YB Exco Tanah Perlis. Selang beberapa minggu, sy telah dihubungi oleh su YB Exco untuk hadir sendiri ke Pejabat Exco untuk mengambil surat kelulusan penyambungan elektrik. Maka dengan rasa gembira dan bersemangat sy ke Pejabat Exco Negeri lalu berjumpa dengan Puan SU Exco kebetulan exconya tiada.
Dipendekkan cerita saya disuruh membaca surat pertama, maka fahamlah saya segala isinya walaupun hati berat. Setelah sy bersetuju dalam paksa maka saya diarahkan menurun tanda tangan di surat yang kedua. Hendak tak hendak saya TERPAKSA dan tersepit dengan surat berbau ugutan dari pemimpin rakyat.(Kau orang bacalah sendiri surat itu.)
Tanah 50 tahun yang lalu masih menjadi misteri kepada kami penduduk Kg Melayu Padang Besar. Bertepatankah slogan PM?, Praktikkah pemimpin di Ng Perlis ini? Mana pemimpin JKKK kami untuk memperjuangkannya? Dan kini khabr berita mengatakan tanah kami yang diduduki sekian lamanya akan diambil oleh pihak kerajaan, jika benar maka bagaimana dengan nasib kami penduduk kg Melayu?
Hanya berserah pada Allah SWT.