05 September 2009

UMNO ditikam kawan dan lawan

Salam Ramadhan yang penuh dengan keampunan

Alhamdulillah, ana berkesempatan lagi untuk menulis tentang politik tanahair yang sepatutnya menjadi santapan setiap mereka yang inginkan kebahgiaan hidup dunia dan akhirah. Politik tidak boleh dikesampingkan dalam perjalanan hidup kita. Sedar atau tidak politik adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Mereka yang tidak berkeinginan mengambil tahu atau mengatakan politik tidak penting, maka mereka inilah insan-insan yang hidupnya dalam kesamaran(tak tau apa-apa.)

Hari ini UMNO diserang dari segenap penjuru samada oleh kawan dan semestinya juga oleh lawan. Hal ini menyebabkan UMNO terpaksa menepis serangan-serangan ini dengan pelbagai pendekatan berhemah.

Si kawan melakukan pelbagai karenah politik, sengaja mewujudkan ruangan musibah semata-mata untuk melihat UMNO/BN mengelabah dan rebah. Supaya rakyat melihat BN yang ditunjangi oleh UMNO totally gagal mentadbir urus negara dan politik dalamannya.Kesempatan ini diambil lantaran itu mengisytiharkan keluar Be End kononnya telah hilang kepercayaan dan sebagainya dengan pelbagai alasan remeh seolah-olah rakyat kebanyakan yang masih setia dengan kerajaan hari ini buta mata dan hati tidak tahu sejarah,lebih dari itu rakyat dianggap dungu. Inilah rupanya politikus-politikus yang rakus dengan keinginan sendiri apatah lagi di waktu yang sama politikus-politikus ini cuba menyelamatkan karier politik mereka dalam pada BN ketenatan dan kepenatan(anggapan golongan ini).

Alhamdulillah UMNO masih relevan dengan Melayu/Bumiputera. Pemimpin-pemimpinnya tidak mudah gelabah seperti yang disangkakan. Untuk apa kita perlu rasa gelabah apatah lagi untuk kecewa dengan senario politik hari ini? Selagi kita meletakkan rakyat sebagai keutamaan kita biarlah UMNO rebah dengan cara yang cukup bermaruah.

Pada Si lawan, tak perlu dihurai lagi, namapun lawan sudah tentu apa yang cantik dimata rakyat akan buruk jua di mata mereka. Biar masa menentukan sejauhmana kecemerlangan pemimpin mereka jika ditakdirkan mereka mentadbir urus negara ini suatu hari kelak. Di situ, rakyat akan dapat menilainya nanti. Sebagai rakyat kebanyakan ingin juga melihat bagaimana pemimpin2 ini membawa halatuju negara di bawah kepimpinan mereka nanti. Bahagia atau Derita?

5 ulasan:

  1. Cikgu Azam,

    Walaupun dari mata kasar, saya tengok cikgu pro kerajaan dan saya pro PAS..saya kagum la..dengan penulisan blog cikgu..
    Bila saya baca ada isi,ada hujah walaupun ringkas dan tiada caci maki..

    Walaupun saya dan cikgu tidak persefahaman dalam politik tetapi dalam menjaga maruah islam biar kita berada dalam 1 saff.

    Kata-kata kesat mmg xboleh nak elak jikalau berada dalam zon politik baik UMNO atau pembangkang.

    Saya kagum dengan sebab cikgu mengutamakan keperibadian dlm menulis blog.Walaupun entry2 di atas mungkin tersentuh juga saya baca sebagai penyokong PAS tetapi saya tidak ambil keutamaan sangat sebab kita sama-sama berjuang atas nama parti masing-masing.

    Walau mana dimana pun kita berjuang ingatlah Allah dan Islam..Selamat berpuasa kepada cikgu

    BalasPadam
  2. To fasiha Salam ramadhan,

    Ana ucapkan terima kasih atas pandangan anda. Tak salah kita berlainan ideologi politik sememangnya politik perlukan check and balance bagi menjamin pihak pemerintah melaksanakan tugas dan agenda untuk rakyat secara berhemah.

    Seperti Saudari juga, ana melihat Melayu/Islam sebagai keutamaan dalam berpolitik. Sememangnya itu saja yang kita ada. Janganlah diharap kepada kaum lain untuk menjamin kebahgiaan kita di negara tercinta ini. Sebnetar tadi ana terbaca komen oleh seorang profesor berbangsa cina mengatakan hubungan kaum di negara kita ini retorik semata-mata kerana rasa curiga mencurigai.

    Lantaran itu, adalah lebih baik Melayu bersatu walau berlainan politik. Tidak salahkan. Kita kena seiya sekata dalam hal hal yang melibatkan kepentingan Melayu, bukan terus menghentam dengan mengatakan UMNO perkauman dan sebagainya bilamana UMNO cuba memelihara hak keistimewaan orang Melayu. Susahlah orang melayu kalau kita meletakkan kepentingan politik bermatlamat ini melebihi dari sepatutnya.

    Di samping itu hak-hak kaum lain kita pelihara dan jangan dinafikan. Kerana mereka sebahagian dari rakyat kita yang cintakan negara ini.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  3. to cikgu azam,

    thankz atas pandangan cikgu tentang komen saya.
    Kadang2 kita perlukan pihak berlainan dari kita untuk berbincang.

    Bila cikgu balas komen saya,saya jadi teruja sbb saya suka berbincang. Islam pun menggalakkan muzakarah kepada umat2nya.

    Sebenarnya,kadang2 saya juga berasa geram kepada sesetengah penyokong kedua2 belah pihak yg terlalu ekstrem sampai memulau bangsa sendiri hanya kerana politik.Bagi saya mereka tidak melihat keindahan politik yg di amalkan oleh nabi kita sendiri dan yg disarankan oleh islam.Bagi saya politik itu indah jika ada perbincangan,perdebatan tetapi ia menjadi satu kebencian jika terdapat maki serta cacian.

    Perjuangan UMNO membela bangsa dan perjuangan PAS membela agama.Itu sahaja perbezaan antara kedua2 parti ini.Parti itu xpernah salah..yg salah hanya penyokongnya sahaja.

    Jikalau melihat kepada kedudukan org melayu sekarang mmg sudah banyak hilang serinya. Dari segi akhlak dan moral melayu dah terlalu ketinggalan..dari segi ekonomi,melayu masih ketinggalan..dari segi jenayah melayu masih maju.Saya sebagai seorang melayu sedih melihat situasi ini.Sebagai seorang graduan,saya lagi sedih melihat kawan2 saya seorg melayu tetapi langsung tidak tahu membaca al-quran,solat lima waktu tidak tertunai sepenuhnya,dlm hidup mereka hanyala hiburan semata.Kekuatan melayu dah hilang semakin hari..Semangat kemelayuan telah hilang sema sekali.Adat2 melayu dulu makin dilupakan.Persoalan saya dimana UMNO ketika itu?

    Saya harap,cikgu sebagai seorang pendidik dan saya percaya cikgu juga mungkin berjawatan dalam UMNO.Bawa la mereka ke jalan sepatutnya seperti kegemilangan kesultanan melaka dahulu yg ana menjunjung bangsa dan agama.Bagi saya jika semua ahli UMNO mempunyi jiwa seperti cikgu,nilai keagamaan seperti cikgu. saya percaya nik aziz sendiri akan membubarkan PAS..PAS tidak akan diperlukan lagi jika keamanan seperti dulu dapat dikembali.

    Saya bukanlah seorang penyokong PAS dahulu.Saya menyokong kepimpinan negara.Saya boleh terjebak di dalam PAS ketika mana saya secara tak sengaja menyertai satu program qiamulail anjuran sebuah masjid.Saya terasa sebak bila satu parti pembangkang membuat sembahyang hajat,minta sesungguh hati supaya Allah melindungi malaysia ini dari segala kecelakaan,minta supaya anak melayu kini kembali kepada Allah,minta Allah amankan MAlaysia ini.Saya sebak.

    Baru-baru ini pihak mereka juga buat program solat hajat khas untuk minta supaya Allah lindungi Malaysia ini dari penyakit H1N1.Saya sebak sebab mereka tidak menyebut lindungi ahli PAS tetapi menyebut Malaysia.Mereka amat teguh kepercayaan bahawa Allah la yang Maha melindungi dan Maha pemberi keamanan.Sebab itula mereka sesungguh2 hati mahukan Malaysia ditadbir secara islam seluruhnya.

    Bagi saya,saya tetap akan menyokong UMNO dalam memelihara hak keistimewaan orang melayu. Saya orang melayu dan saya tidak mahu melihat bangsa melayu terkubur di tanah sendiri.Saya tidak mahu melayu melihat melayu kalah ditanah sendiri.

    cikgu sama2 la kita berjuang kerana Allah dan melayu.Allah mencipta bangsa melayu dan hanya kepadaNya la kita memohon kemuliaan bangsa melayu.

    Segala yg saya tulis hanyala hujahan dari saya.Saya tidak ada niat untuk memburukkan UMNO.

    Moga Allah memelihara Malaysia.Sala Ramadhan dari saya.

    BalasPadam
  4. Salam

    Sekali lagi ana ucapkan berbanyak terima kasih atas komen saudari.

    Islam sebenarnya lebih dari itu, apa yang saudari utarakan hanyalah sebahagian dari hubungan kita dengan ALLah dan di manakah pula hubungan kita sesama manusia.

    Saya juga turut bersedih dan sebak bilamana kita yang memperjuangkan Islam telah menggunakan pendekatan-pendekatan politik yang kekadang menghiris hati dan perasaan umat Melayu dan sudah tentulah Islam.

    Mengapa perkara2 ini dibiarkan malah diharuskan oleh pemimpin2 Islam. Mengapa dalam masa kita berdoa agar Malaysia diselamatkan melalui siri solat hajat di masa yang sama kita juga terlupa untuk berdoa memohon kepada Allah agar memberi petunjuk supaya pemimpin2 Islam kita dapat berpolitik dengan cara terpuji dan berhemah.

    Umno bukan sekadar memperjuangkan hak melayu malah lebih dari itu. Apa yang tiada dinegara kita ini sebagai usaha memertabatkan Islam. Di mana tidak kenanya UMNO dengan Islam. Apakah UMNO tidak Islamik. Apakah UMNO menjadikan Islam sebagai retorik sahaja? Sesungguhnya perjuangan UMNO lebih Islamik. Jagn hanya kerana kita tidak melaksanakan Hukum Hudud maka kita dijatuhi hukum oleh pembangkang dengan cara begitu hina.

    Saya hanya ahli UMNO biasa yang tertarik dengan perjuangnya,tiada jawatan apa-apa. Tetapi apa yang saya lakukan ini sebagai usaha saya menyedarkan Umat Melayu supaya lebih berfikiran analitik dan kritis dalam melihat kebenaran. Kalau saudari melihat kembali tulisan saya yang lepas, ada ketikanya saya mengkritik UMNO itu sendiri jika saya berpendapat ada tindakan2 yang perlu ditegur dan didapati menyimpang dari dasar perjuangannya..

    tetapi ana tidak mudah melatah untuk mengubah pendirian politik kerana ana percaya melalui UMNO Melayu/Islam tetap akan dimartabatkan dan diperjuangkan dengan seikhlas hati. Itu keyakinan ana.

    Ana juga berdoa kepada Allah SWT supaya semua umat Islam di negara ini samada dipihak PAS, PKR atau atau apa2 parti sekalipun yang dinaunginya akan terbuka hati untuk melihat penyatuan Umat Islam dan kepentingan Melayu terpelihara hinga ke anak cucu kita. Amin Ya Allah.

    Wallahualam

    BalasPadam
  5. To cikgu Azam,

    thankz atas teguran cikgu,
    nanti saya akan cadangkan siri solat2 hajat yg mana kita sama2 doa kan agar dibuka pintu hati mereka supaya melaksanakan islam di bumi Malaysia.

    Bagi saya, walauapapun..biarlah kita berpaksi kepada tuhan.Tidak menjalankan hukum hudud saya tidak berani komen kerana ia hukum tuhan.Biarlah mereka yg memimpin yg menyelesaikannya,tetapi hukuman ke atas kartika saya puji.Sekurang-kurangnya ia menyedarkan kita walaupun bukan hudud.Tidak sepatutnya satu umat islam pun mempertikaikan nya.

    UMNO tetap dipuji oleh saya atas sejarah terdahulu.Apapun cikgu, matlamat kita samakan..memperjuangkan Islam dan melayu..

    Amin..

    Salam Ramadhan kepada cikgu

    BalasPadam

Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....

KINGTON LIFE PLASMA

KINGTON LIFE PLASMA

Apa itu Kington?


Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Apa itu Bio Ken 2 Series?

PERFECT FUNCTIONALITY

Perfectly Pure Water

Bio Pure Ken 1 uses the advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System, thus removing virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure water (H2O)

Purification System

FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material and airtight cover
Hands-free water dispenser
Fully automated functions of membrane self-cleaning, water level control, water refill and electronic shut-off
Patented design concealed in a unitary manifold for easy maintenance, quality and hygiene
Patented booster pump regulates pressure and ensure constant production

Specifications

Reservoir Capacity:
Warm: 5 ± 0.5 litres
Reservoir Material:
FDA-compliant ABS Food Grade

Dimension

Width – 260 mmDepth – 470 mmHeight – 450 mm
The Bio Pure KEN series is a 5-stage reverse osmosis purification system. Its patented system removes virtually all types of contaminants including viruses as small as 0.0001 micron. Bio Pure KEN is one of the only 3 recipients of WQA Gold Seal worldwide and the only recipient in Asia. It has also won an award at Geneva International Exhibitions as well as the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award for 2 consecutive years in Malaysia.

For more information, please visit http://www.whatsh2o.com/didyouknow/index.html.

Hubungi saya: Hajah Azam 0124203613 untuk urusan pembelian, penghantaran dan pemasangan, tidak kira walau dimana anda berada.

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Elken Spirulina

Organic & Alkaline for Balanced Nutrition

100% pure and organic
Complete food with 46 essential nutrients in a balanced proportion in line with the human body's requirements
Rich concentration of nutrients like protein (amino acids), vitamins, minerals, carbohydrates, essential fatty acids, chlorophyll, beta-carotene, phycocyanin and xanthophyll.
More than 10 international accolades form government bodies & independent organisations
Cholesterol-free protein source that is alkaline-forming
Readily digested and easily assimilated
Certified to be free of microcystine


JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association

Golden Award from the Taiwan Health Food Society

National Biotechnology & Medical Care Quality Award

Golden Award by Taiwan Health Food Society

Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association

GMP Food Certification

Certified ISO14001 by SGS, UK

Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)

Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant

Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University

Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association

Available in 250, 500, 1200 and 3000 tablets.

IKLAN & PROMOSI

IKLAN & PROMOSI
"HPA MENJANA PENDAPATAN UMMAH" Klik pada logo untuk mengetahui lebih lanjut. Daftarlah secara online diweb replika tersebut.

MENCARI NAMA ANAK DALAM ISLAM

HALALKAH APA YANG DI MAKAN? CHECK TENGOK..

Layan Je