Salam pada yang sudi mengujungi weblog ini...
Ana seperti biasa sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik tanahair. Bagi ana politik sebahagian dari makanan ruji ana. Semua perkembangan politik ini ana ikuti menerusi online. Suratkhabar apa yang ana tak baca, semuanya baca. Akhbar harian ana baca, akhbar politik semua parti ana baca. Bagi ana, orang melayu hanya tinggal kuasa politik di tanah air yang tercinta ini. Hilang politik hilanglah melayu. (Sekadar pendapat)
Hari ini ana dikejutkan lagi dengan berita terbaru, lantaran membuat ana bersemangat untuk menekan butang2 pada papan kekunci hari ini.
Dulu ana ada dengar pendapat orang tua-tua, pasai apa nabi dan rasul terdiri daripada orang arab (bangsa arab)? Kata depa, sebab orang arab susah nak bersatu, keras hati (jahiliah katakan) mungkin sampai hari ini, maka dengan itu Allah SWT mengangkat nabi dan rasul dikalangan mereka. (Anapun tak tahu sangat tentang kebenaran pendapat ini)
Maka ana terfikir pula pasal bangsa melayu hari ini. Siapakah di antara pemimpin-pemimpin hari ini yang boleh menyatukan orang melayu. Pemimpin UMNO, PAS atau PKR? Kerana jika kita nak mengharap lahirnya semula seorang nabi, sudah tentu tidak sekali. sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman. Maka kita dapat mengharap AlQuran dan Al Sunnah sebagai pembimbing kita dunia dan akhirat.
Persoalannya, siapakah pula di antara pemimpin parti-parti politik ini, yang bertunjangkan kepada AlQuran dan AlSunnah itu tadi. Yang dapat mengajak umat melayu ini kearah kesejahteraan hidup demi agama, bangsa dan negara. Ana melihat percaturan politik di antara parti-parti besar ini begitu hebat, politik diletakkan begitu tinggi tarafnya dari Al Quran dan Al Sunnah itu tadi sehingga ana melihat setiap pemimpin lawan tampar menampar, tarik menarik, kritik mengkritik, tuduh menuduh dan berbagai lagi aksi yang menggelikan hari rakyat kebanyakan seperti ana. Itulah aksi-aksi mereka2 yang kita sanjung dengan gelaran YB, Tok Guru, Datuk, Datin dan sebagainya.
Akhirnya, kita menantikan kejatuhan kita dalam politik setelah ekonomi masih berterabur. Kita menantikan mereka menepuk tangan lantaran bahu ditepuk baru kita sedar yang kita sudah tiada apa lagi. Hayati lah bait-bait lirik lagu ini..
WARISAN (KLIK UNTUK DENGAR LAGU)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
Collaboration request
10 bulan yang lalu
Saya setuju, agenda utama kita ialah kita perlu bersatu untuk kebaikan bangsa kita dan kepentingan agama. Kita harus mencari titik persamaan dan menghormati pendapat dan prinsip satu sama lain.. mudah-mudahan bersatulah orang melayu. Orang Islam harus kuatkan diri mereka, supaya tidak dihina dan dizalimi. Terima kasih Cikgu
BalasPadamAzam, pandangan cikgu memang baik. T. kasih mengunjungi blog saya.
Salam..
BalasPadamTerimakasih atas komen cikgu. Insya Allah sama-samalah kita menunggu sesuatu yang baik datang jua kepada kita akhirnya. Insya Allah