Salam buat semua pembaca..
Tetiba saja ana teringat akan sekolah mula-mula ana posting dulu iaitu SRK (1) Sultan Alam Shah Petaling Jaya Selangor. Ana selama tiga tahun di situ bermula dari tahun 1992 hinggalah Oktober 1995. Entah kenapa, teringat akan rakan-rakan guru seperti Cikgu Razwan, Cikgu Meor, Cikgu Hashim, Cikgu Azan (PK HEM) dan tidak lupa GB Cikgu V. Sundram dan lain-lain guru. Kalau terbaca posting ini, kirim-kirimkanlah cerita anda
Tentang Guru Besar V Sundram , ana tidak lupa bagaimana cetusan ideanya membawa kami berjaya menawan 2 buah gunung iaitu Gunung Nuang di Selangor dan Gunung Angsi di N9 dengan membawa murid murid badan beruniform melakukakan ekspidisi. Paling mencabar Gunung Angsi kerana terpaksa bermalam di tengah2 gunung sebelum keesokkannya menawan puncak. Masya Allah punyalah seronok kami.
Kepada murid-murid ana yang seperti Low Kit Wei, Jocyelin Yeoh , Rabiatul Adawiyah (murid-murid pintar senang diingati namanya) anak kepada Allahyarham Zubir Ali dan dan kepada semua yang masih mengenali Cikgu Azam, agaknya di mana kamu semua sekarang nih. Tentu ada yang telah bekerjaya dan telah berkahwin agaknya.
Collaboration request
10 bulan yang lalu
salam,
BalasPadamsaya amat meminati blog cikgu, pasti setiap hari saya akan melawatnya walau pun di tengah malam. boleh dikatakan "addicted"
salam ukhuwah untuk cikgu dengan pesanan " sabarlah dengan karenah anak2 yang semakin membesar dan isteri yang semakin meningkat usia"
Salam cikgu...saya salah seorang anak murid cikgu...sebab saya tak berapa pandai mesti cikgu tak ingat saya..saya mengikuti ekspidisi cikgu ke 2 gunung tersebut...apapun cikgu mmng best walaupun serius jer...hehehe
BalasPadamNurul sazrina alhamdulillah cikgu mungkin kenal. Timakasih ken lawati blog cikgu yg mmg dh lama x diupdate. Cari cikgu dlm fb azzam idris. Tq
PadamSalam cikgu..nanti saya cuba cari cikgu di fb yer..tq sebab still ingat anak murid cikgu...
BalasPadam