Alhamdulillah bertemu kembali...
Ana sebenarnya baru pulang dari gelanggang D'futsal nih, frust tak jadi main group tak cukup hari ini, hanya ada 6 orang saja. Kalau nak main juga alamat terjelirlah lidah ana. Lebih baik cau dulu.
Balik rumah sambil lepak, ada idea juga untuk ana postkan masalah ana di sekolah hari ini.
Sepanjang minggu nie dari Isnin hingga Jumaat (hari ini) ana kelam kabut sikit. Ialah sebagai guru yang diamanahkan melaksanakan ujian saringan Program PermataPintar Negara di sekolah. Manakan tidak kelam kabut, seminggu sebelum cuti yang lepas sibuk mewujudkan jawatan kuasa, taklimat kepada guru-guru dan sibuk menyusun jadual ujian.
Bermula sekolah minggu nie, maka pelaksanaannya bermula. Cabaran yang dihadapi pertamanya komputer makmal banyak yang boleh dibuang ke dalam longkang (rosak) daripada 20 hanya 13 yang boleh pakai + 9 buah di pusat akses . Dah boleh pakai server permatapintar yang dibangunkan oleh pihak manapun tak tau, masya Allah terlalu slow pula, habis jam jadual hari itu. Dari jangkaan 3 kelas boleh mengambilnya hari itu, hanya 1 kelas saja yang dapat dijalankan.
Masalah seterusnya, budak-budak pula terlalu ramai yang celik pandai komputer (buta komputer). Maka terpaksa pula ana menjerit-jerit mengajar mereka menggunakan keyboard dan tetikus pula, satu hal lagi. Makan masa pula, mana dengan soalan yang dikemukakan kepada pelajar punya lah banyak hampir 130 soalan (lebih kurang la). Kalau boleh kurangkan sikit. Buat apa banyak-banyak.
Masalah ini berlanjutan pada hari-hari berikutnya, maka dengan kuasa veto yang ada anapun setup kelas-kelas belakang nie. Kalau ikut law sebenar, program ini hanya melibatkan murid-murid yang dikenalpasti pintar sahaja yang perlu mengambilnya. Tetapi bila disuarakan ke GB, GB minta dilaksanakan kepada semua kelas dari thn 3 hingga Thn 6 arahan dari JPN Perlis. Kononnya untuk memberi peluang kepada semua pelajar mendudukinya. Ana menurut perintah.
Bagi ana, secara logiknya murid-murid kelas belakang nie ada baiknya tidak perlu ambil kerana kita sedia maklum kemampuan murid-murid ini. Apatah lagi dengan masalah2 teknikal yang seperti yang ana utarakan tadi. Tak tahulah SK lain macam mana.
Kadang2 terfikir ana, agaknya inilah yang dikatakan guru memerlukan perubahan, berubah dari menumpukan kepada p & p kepada semua aktiviti dan program sampingan yang dikata membebankan guru-guru. Tapi bagi guru apa saja amanah yang diberi tetap dilaksanakan sebaik mungkin demi kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
Collaboration request
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....