Tengahari tadi saya melawat tapak rumah . Terkejut beruk juga bila saya melihat dua timbunan tanah. Terkejut kerana saya tidak pula memesan tanah. Rupa-rupanya sumbangan ehsan dari kontraktor yang sedang membuat kerja kerja pembinaan jalan. Macam mereka tahu-tahu saja yang saya memerlukan tanah-tanah tersebut.
Kebetulan sahabat saya yang tinggal berjiran dengan tapak rumah datang. Beliau seakan mengadu hal tentang JKKK Kampung yang terlepas pandang tentang kemiskinan hidup keluarganya. Seakan tidak berpuashati tentang projek PPRT. Manakan tidak, makcik jiran sebelah rumahnya yang baru kematian suami telah mendapat bantuan membina semula rumah PPRT sedangkan emaknya yang telah berpuluh tahun kematian suami tidak menerima sebarang bantuan. Kalau nak diukur tentang kemiskinan secara jujurnya kedua-duanya layak untuk itu. Perasaan tidak berpuashatinya memang lama telah disuarakan kepada saya. Tapi akan daya saya tiada kuasa hanya mantan naib ketua pemuda cawangan yang sekarang ini telah dicantas oleh puak-puak tertentu dalam UMNO cawangan kerana kerakusan dan ketamakan kuasa puak-puak ini. Puak-puak ini akan mencantas sesiapa saja yang dirasakan boleh melemahkan pengaruh mereka atau boleh menggugat kedudukan mereka. Puak-puak ini disokong oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sentiasa mendapat habuan dari kepimpinan mereka. Habuan yang mereka terima seperti bantuan ibu tunggal walaupun hakikatnya mereka bukan ibu tunggal, bantuan PPRT walaupun hakikatnya bukan golongan miskin tegar. Tetapi disebabkan mereka pendokong kepada puak-puak ini maka status sebenar mereka dimanipulasikan justeru menidakkan hak mereka yang sebenarnya layak. Saya boleh buktikan apa yang dikatakan ini.
Akhirnya yang menjadi mangsa salah seorangnya emak sahabat saya ini hanya kerana disebabkan beliau kurang berpolitik. Puak-puak inilah sebenarnya yang menghancurkan UMNO. Bukan menghina, tetapi hakikatnya puak-puak ini kurang pengetahuan dalam ilmu berpolitik, latar belakang pendidikan yang rendah justeru menyebabkan mereka mudah tergelincir dengan kuasa yang sedikit mereka ada.
Justeru saya menyarankan kepada Pengerusi dan AJK JKKK supaya berlaku adil kepada masyarakat, jangan dilihat pakaian politik mereka, tapi lihatlah kepada kesengsaraan mereka dalam mengagihkan bantuan-bantuan yang kerajaan peruntukan. Malah bantuan kerajaan ini bukan sebagai tiket untuk kita menongkat langit selamanya, bukan sebagai tiket untuk kita mmeeperkasakan kedudukan kita kononnya bantuan ini kita yang berikan sehingga kelabu mata makcik dan pakcik yang selalu kita hidangkan makanan yang sepatutnya orang lain yang lebih berhak.
Wassalam. Kepada sahabat bersabarlah, kebenaran akan datang juga nanti.
Salam,
BalasPadamsokong tuan 200%!
Terima kasih atas sokongan.
BalasPadamsalam cikgu...selamat hari guru.biasalah cikgu benda macam ni mesti nak ada link dengan orng atas..kalau tak kirim salam lah nak dapat apa-apa.saya dah terkena dah macam tu
BalasPadam