Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohsin kerana terpilih dan dimahkotakan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri. Sekaligus memartabatkan golongan guru dalam arena politik tanahair.
Nampaknya kedudukan guru dalam politik masih relevan di zaman ini. Apa tidaknya kerana guru begitu dekat dengan masyarakat. Guru lebih tahu kehendak dan aspirasi masyarakat yang semakin kompleks ketika ini. Sasterawan negara A Samad Said telah memartabatkan kedudukan guru dalam sajaknya

"Guru O Guru";
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
Akhirkata, kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menyambut Hari Guru yang akan menjelang tiba kepada semua warga guru tidak kira di mana anda berada. Kepada cikgu Mohsin gunakan kedudukan untuk perkasakan pemuda dan UMNO, melebihi kehendak diri. Insya Allah, keikhlasan dalam perjuangan menjadikan anda pemimpin terhebat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....