Semalam telah berakhirnya Kejohanan Badminton MSSM 2009 di Dewan Wawasan 2020, di mana Perlis menjadi tuanrumah kejohanan. Kebetulan sepanjang kejohanan berlangsung saya telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan (LO) team Putrajaya.
Menariknya, team Putrajaya lebih senang bergerak sendirian tanpa bantuan LO. Kebetulan ada pegawai mereka membawa kenderaan sendiri, so senanglah untuk mereka bergerak di negeri Perlis yang kecil nie. Justeru tugasan saya sebagai LO menjadi mudah. Walaupun begitu, ada juga kawan-kawan LO bagi negeri seperti Sabah, Sarawak dan Labuan menghadapi cabaran hebat sebagai LO nie. Apa tidaknya kerana boleh dikatakan terpaksa berdamping dengan team-team tersebut sepanjang masa.
Saya teringat kisah LO nie apabila membawa team kriket Perlis ke Kejohanan MSSM 2008 di Sabah tahun lepas. Nasib kami begitu malang sekali kerana LO yang disediakan untuk team Perlis langsung tak nampak batang hidung dari awal ketibaan kami di Sabah hingga ke hari kami menaiki pesawat untuk pulang.
Sebenarnya kerja LO nie bukan mudah, kena sentiasa mengambil berat terhadap pasukan yang di amanahkan kepada kita. Pun begitu, dalam masa yang sama setiap pasukan ada yang memahami keadaan, dan lebih suka mengambil sikap tidak menyusahkan LO.
Bagaimanapun, saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Team Putrajaya yang lebih suka bergerak sendiri dari menyusahkan saya sebagai LO Putrajya. Syabas !
bookmarked!!, I love your web site!
BalasPadamMy blog post; ford ranger