Perhimpunan Agung Umno 2009 baru saja berakhir(kelmarin). Pemilihan telah dibuat oleh perwakilan-perwakilan UMNO, lumrah alam menyatakan ada kalah ada yang menang. Kata keramat sejak akhir-akhir ini, " yang kalah tidak kalah kesemuanya dan yang menang tidak menang ke semuanya."
Kita akur kehendak perwakilan yang menjadi suara rakyat. Tidak dinafikan ada perwakilan yang pergi hanya sekadar makan angin. Kemenangan kebanyakan calon sebenarnya memang telah diduga kerana potensi dan kebolehan mereka.
Persoalannya, mana wakil Perlis dalam UMNO dan Kerajaan. Sebagai anak perlis berjiwa UMNO kerana jasanya kepada negara, saya tertanya-tanya jugak mana perginya pemimpin UMNO Perlis. Sudahlah dalam kerajaan tidak diberi tempat, dalam UMNOpun tiada tempat. Apakah Perlis telah ketandusan pemimpin bertaraf nasional? Apakah ini merupakan bentuk hukuman akibat kecelaruan politik Perlis? Atau mungkin kemiskinan negeri Perlis yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi seperti mana negeri lain menyebabkan tiada siapa yang peduli.
Jadi saya berharap dan berdoa, suatu hari nanti pemimpin2 di peringkat pusat dapat memikirkan keadaan ini, agar rintihan dan keluhan rakyat Perlis didengari seperti mana negeri-negeri lain.
Bagi saya, apa saja pandangan orang terhadap UMNO atau trend masa kini yang melihat UMNO seperti sudah tidak relevan, ingin saya nyatakan inilah parti yang telah mengangkat martabat agama, bangsa dan negara DULU KINI dan SELAMANYA. Tidak ada parti lain.
Parti lain mengumpul kekuatan akibat kelemahan kita, mereka mengumpul kekuatan kerana mereka punyai masa dan ruang yang cukup lapang untuk lakukannya, kerana mereka bukan memikirkan agenda negara, mereka bukan pentadbir negara berbanding dengan UMNO yang terpaksa melakukan agenda negara dan parti serentak.
Walau bagaimanapun saya bukan taksub dengan UMNO, kerana mengkritik UMNO (Cawangan) dari dalam parti telah menjadi lumrah ahli-ahlinya. Semuanya untuk kebaikan parti.
Saya sering mengikuti Harakah Daily, bagi menambahkan ilmu berpolitik. Apabila membaca, ada perkara benar dan yang lebihnya spekulasi, khabar angin dan fitnah. Ini berita mereka yg kononnya martabatkan Islam. Umno merupakan kata kunci utama sasaran serangan, Tidak MCA, tidak MIC dan sebagainya. Kenapa? Ini yang dikatakan strategi ampuh yang digunakan. Kerana mereka sedar, kekuatan BN terletak pada UMNO. Dapat menggayang UMNO maka dapatlah memusnahkan BN keseluruhannya. Berjayakah mereka memusuhi saudara seagama? Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....