Assalamualaikum wbt..
Terpangggil juga saya untuk memperkatakan tentang senario politik di Perak nie. Sebelum ini tak kisah sangat dengan politik. Secara peribadinya, bagi saya politik terlalu busuk lagi membusukkan dengan kerakusan manusia yang gila kuasa. Kerana mereka sedar dengan kuasa, mereka boleh bermaharajalela. Dengan kuasa mereka boleh menjadi kaya-raya. Bahkan kaum kerabat juga boleh hidup senang lenang. Inilah hakikat yang aku sebagai rakyat dok nampak la. Bagaimanapun aku tak nafikan sememangnya ada juga ahli politik yang berjiwa rakyat, hidup dan matinya hanya kerana rakyat dan Allah SWT.
Telinga aku yang tidak pekak ini, sering mendengar sendiri ungkapa-ungkapan orang politik yang baru berjawatan di peringkat cawangan berkata " tak guna berpolitik kalau tak guna kesempatan dengan kedudukan yang ada untuk menjadi senang." " Takpa hang nak projek, aku akan call sendiri datuk itu datuk ini untuk dapatkannya"."Dalam politik kalau tak berani jijak kepala kawan jangan berpolitik". Betapa jeleknya ungkapan-ungkapan ini pada saya. Itu baru diperingkat bawahan, apatah lagi diperingkat atasan.
Apakah ini matlamat utama mereka berpolitik? Apakah ini pemimpin yang rakyat kehendaki? Apakah semua orang politik mempunyai naluri dan keinginan yang sedemikian? Bagaimana kalau aku sendiri berjawatan dalam politik, adakah mungkin aku boleh melarikan diri dalam keadaan sedemikian? Jawapannya , mungkin keimanan dan ketakwaan pada yang Maha Esa dapat menjauhkan kita dari keadaan sedemikian.
Berbalik kepada persoalan politik yang berlaku di Perak. Simpati juga aku kepada MB Nizar apabila memikirkan cara beliau dinafikan hak sebagai MB. Kerana adanya ADUN yang suka lompat melompat nie. Aku tak tahu semasa melompat apa yang ada difikiran mereka pada waktu itu. Kejujuran, keihklasan atau sebagainya, hanya mereka yang tahu.
Dalam masa yang sama, akupun tumpang gelihati seperti Che Det. Lompat masuk PR tak apa kerana demokrasi tapi kalau lompat masuk BN dianggap pengkhianat kepada sistem demokrasi. Aku ada terbaca dan terdengar kisah bagaimana diuar-uarkan ADUN BN akan melompat ke PR, tetapi hairan juga yang terjadi adalah sebaliknya. Apakah hikmah disebalik kejadian ini. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Dua senario ini, terfikir juga lah aku, inilah kot yang dikatakan politik itu kotor lagi menjijikkan. Apakah orang politik sentiasa bergelumang dengan keadaan sedemikian? Susah juga aku nak jawab (dok tanya buat apa dah susah nak jawab).
Lebih menyedihkan, bila kita sendiri dah jadi kurang ajar dan derhaka kepada Sultan. Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan . Yang aku hairan mengapa melayu sahaja yang mengambil bahagian, mana perginya yang lain???? Kalau ada Tok Tuah, mungkin dah bergelimpangan mayat mereka yang derhaka ini. Pada masa yang sama rasa-rasanya dah berjayakah agenda mereka yang inginkan sultan diderhaka. Persoalannya, mengapa kita sanggup derhaka kepada sultan hanya kerana politik? Ha, nie lagi satu soalan yang aku sendiri tak tahu nak menjawab.
Akhirkata, Ya Allah jauhilah segala keturunan ku dari menjadi ahli politik, sekiranya dengan berpolitik boleh membawa kepada kehancuran agama, bangsa dan negara. Amin Ya Allah.
saya menetap di Perak, walau bukan anak jati Perak. Saya sangat sedih melihat bangsa Melayu bercakaran untuk berkuasa. Cina dan India saling bertepuk tangan melihat bangsa Melayu derhaka pada Sultan sendiri, bertelagah sesama Islam. Ya Allah bilakah semua ini akan berakhir?? Sedangkan perkara utama soal pelajaran, kemelesetan ekonomi, perlu diberi pehatian oleh pemerintah...cukup2 lah..
BalasPadamImanshah,
BalasPadamTerima kasih atas pandangan dan idea yang bernas. Seperti yang anda katakan, ketika ini sebenarnya pemimpin negara mempunyai agenda yang lebih penting dari bercakaran soal politik. Marilah kita berdoa agar Allah memelihara kedaulatan raja-raja kita. Sesungguhnya, itu sahaja yang kita miliki sekarang.
melayu mudah lupa...lupa asal diri!bangsa lain bertepuk tangan.bangsa melayu sekarang menang sorak kampung tergadai...harap kita pun tak jadi macam melayu yang begitu
BalasPadam