Alhamdulillah tahun hadapan 2009 yang tinggal beberapa hari lagi, mulalah saya melangkah ke sekolah baru SK Seri Tunjong setelah menabur bakti selama 11 tahun di SK Padang Besar (U), Perlis. Dalam 11 tahun itulah saya berulang alik sejauh 52 km sehari dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.Banyak juga duit poket yang terpaksa dibelanjakan untuk kos minyak kereta .
Apabila ke sekolah SK Seri Tunjong rasanya dapatlah berjimat sedikit, memandangkan sekolah ini hanya terletak 1 km sahaja dari rumah. Tetapi masalah besar bila kita berpindah, apakah kita dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. Inilah cabaran baru yang terpaksa saya harungi. Orang baru tetapi telah lama dalam dunia pendidikan justeru saya berharap dan berdoa agar dapat menyesuaikan diri dengan bantuan rakan-rakan guru yang lain. Insya Allah.
Pun begitu, SK Padang Besar Utara, tetap di hati. Almaklum sahajalah, kerana di sekolah itulah saya belajar mengenal A,B,C dan 1,2,3. Di situlah kampung halaman arwah orang tua saya. Warga SKPBU yang baik dan mesra menyebabkan saya sebenarnya begitu terharu untuk meninggalkannya. Sesungguhnya, kami tidak berpuak-puak dan sentiasa bekerjasama dalam menjayakan agenda pendidikan sekolah. Insya Allah mungkin suatu hari nanti saya akan melangkah kembali ke sekolah itu, kerana di situlah tempat saya dibesarkan. Tetapi untuk kembali ke sana mungkin 5 tahun akan datang, Insya Allah. SELAMAT TINGGAL SKPBU, panjang umur saya akan menabur bakti semula di sana.

Pada semua warga SKPBU, ana pohon keampunan dan kemaafan sekiranya selama 11 tahun ana di sana,terdapat tutur kata dan tingkahlaku yang tidak sopan dan tidak menyenangkan, harap diampun.
Jangan tinggal pdg.besar...
BalasPadamSelamat maju jaya cikgu Azam. Moga lebih bersemangat menabur bakti mendidik anak bangsa. Di mana juga kita berada, perjuangan tak akan terhenti, bukan saja kita bekerja untuk dapat gaji cari duit belanja famili, malah untuk dapat ganjaran salah satu daripada 3 perkara yang tak terputus pahalanya setelah kita meninggalkan dunia ini, insya Allah.
BalasPadamTerima kasih atas pandangan cikgu. Yang penting kita sama-sama mencari keredhaanNya. Insya Allah.
BalasPadam