"Sebagai ibu atau bapa anda telah diberi tanggungjawab untuk membimbing anak mengikut acuan tertentu.Sepanjang hidup, itulah satu-satunya tugas paling penting yang di amanahkan kepada anda. Sekiranya tugas itu tidak dapat disempurnakan dengan baik, maka tidak ada satu kejayaan pun yang boleh mengimbangi atau menutupi kegagalan anda menunaikan tanggungjawab ini."
Gloria Gaither & Shirley Dobson
"Kadangkala kita terlalu cenderung memenuhi keperluan dan keinginan dengan apa yang kita tidak dapat sewaktu kita membesar dahulu sehingga kita lupa untuk memberikan kepada mereka apa yang pernah kita dapat sewaktu kita dibesarkan."
James Dobson
"Ilmu lebih baik daripada harta. Harta semakin berkurangan apabila digunakan.Sebaliknya lagi banyak digunakan, lagi bertambah ilmu seseorang."
Saidina Ali r.a
"Jika kamu ada ilmu dan ada pula harta, itulah yang sebaik-baiknya. Tetapi jika kamu tidak berharta, Ilmu itulah harta kamu."
Mus'aab Umair r.a"Saya dapat memberi contoh ramai anak yang terbiar dan menderita kerana ibu bapa mereka terlalu sibuk atau terlalu mementingkan keperluan diri sendiri. Namun saya belum terjumpa lagi seorang anakpun ynag menderita kerana ibu bapa mereka terlalu kasih dan sayangkan mereka. Tidak mungkin seorang anak rosak kerana terlebih disayangi.
Seorang anak tidak pernah rosak kerana ibu bapa terlalu kasih atau sayang kepadanya. Tetapi mereka rosak kerana ibu bapa menghujaninya dengan pelbagai barangan dan hadiah sebagai ganti kasih sayang yang tidak dapat mereka berikan."
Laurrence Steinbergbersambung lagi........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tulisan yang beretika mencerminkan keperibadian yang mulia. Pendapat dan pandangan anda dialu-alukan. Blogger juga tidak bertanggungjawab atas pandangan dan pendapat yang tidak beretika dan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak oleh pengunjung Blog Inilah jalanku.....