Lama bebenor hamba tinggalkan blog nie. Senearnya blog nie bertujuan sebagai medan politik hamba. Tapi malaih lah pulak nk tulis bab politik saja. Sebab hambapun bukannya org politik.
Penuh kereta beb durian tuh!!!!
Kesempatan ini hamba nak cerita sikit tentang raja buah iaitu buah durian. Baru-beru nie berkesempatan balik Baling ke kampung orang rumah hamba. Tak balik pun, tak boleh jugak, sebab pak-pak menakan beriya-iya benar suruh balik. Maklumlah durian tahun ini jenuh dan tak menjadi harga langsung kalau di Baling tu. Selonggok 10-15 biji baru RM20 sahaja.Petang tu kedusun, alahai sedihnya tgk buah durian bergelimpangan bertaburan di dalam dusun tu. Benarklah mcm tak ada harga. Apalagi kami pun sebat lah bawa balik Perlis berpuluh-puluh biji sampai tak larat nak makan.