31 Mac 2010

Menolak perbezaan berdasarkan kaum rakyat Malaysia- Lim Kit Siang.

Hari ini ana terbaca lagi kisah politik yang kekadang memualkan  tetapi  apakan daya sebagai rakyat Malaysia orang melayu yang hanya tinggal kuasa politik, kisah-kisah ini harus didepani walaupun meloya dan memualkan.

Dalam Malaysiakini Lim berkata beliau tidak menentang keistimewaan org melayu tetapi menolak perbezaan berdasarkan kaum di Malaysia. Aduis, ana gelihati statement ini. Bagi ana jika menolak perbezaan bedasarkan kaum bermakna kita rakyat Malaysia adalah sama dalam segala aspek dan keutamaan. Justeru sebenarnya bermakna kita juga telah menolak  dan menentang segala keistimewaan dan hak untuk orang - orang melayu. Tiada bezanya.

Ni ana nak habaq kat Lim, tak payahlah dok pertikai sangat benda-benda yang termaktub dalam perlembagaan ni, cuba cek fikiaq sikit soal bagaimana nak mengukuh perpaduan kaum, soal meningkatkan ekonomi negara yang akhirnya mereka juga untung, soal kedaulatan negara dari diperkotak katikkan oleh anasir luar. Bukankah ini persoalan=persoalan yang amat penting untuk ditangani oleh mereka Yang Berhormat. Tak payahlah pakai otak ciput macam kami orang kebanyakan nie. Takut nanti monyet dihutanpun turut ketawa.

Lagi satu ana nak habar, yang Lim nie dok kalut wat apa dengan perbezaan kaum nie. Cina tetap cina, melayu tetap melayu, india tetap india mana boleh nak sama. Selama-lamanya akan berbeza. Cuma tolenransi saja yang membolehkan kita menjadi hampir sama. Kalau tak dak, maka tiadalah. Ana sendiri kalau pergi kedai 'taukeh'nak beli sparepart motorlah katakan, tauke tu tengok saja muka, ooo muka melayu harga lain,, ooo muka sama, wa punya bangsa harga mau kasi mulah cikit. Rasanya keadaan ini dirasai oleh semua orang melayu, Tetapi kita tidak pernah mempertikai harga itu walaupun kita sedari ianya berlainan  harga kerana kita percaya itu hak taukeh itu dan atas semangat toleransi. Dia punya pasal. Asalkan kita mencapai matlamat dan berpatutan. Begitu juga halnya dengan negara kita, dimana buruknya sekiranya orang Melayu dilebihkan sedikit sebab kita watan di negara tercinta ini. Mengapa mereka tidak boleh menutup mata  sedangkan mereka juga sebenarnya mendapat manfaatnya dari kemakmuran negara ini. Manfaat yang bukannya sedikit, tetapi memperlihatkan kedudukan ekonomi yang jauh lebih baik dari watan dinegara ini.

Maka nyatalah kepada kita sebenarnya golongan ini TERLALU TAMAK dan tidak pernah bertoleransi  akata dan rasa.


- Teringin melihat semua kaum aman, damai dan makmur -

29 Mac 2010

Sedapnya Mulut Kau

Pengarah Pilihan raya PKR, Hajah Fuziah Salleh yakin kemenangan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA yang baru adalah kemenangan Umno dalam mengawal MCA

Pada Puan Fuziah, malasnya ana nak panggil Hajah kerana tak layak kot gelaran tu, ana nampak puan pun berjalan gelong macam ketua puan jugak. Ye lah siapa tak tahukan nakhoda PKR dengan 1001 macam skandal. Puan tak rasa kekok ka bila bercakap sesuatu tentang rumahtangga orang lain, pada masa sama rumahtangga puan pun berterabur jugak tapi lebih buruk lagi. Siapa nak dengar nie melainkan anak-anak ketam yang memang berjalan senget dah.

Maaflah puan, kalau bahasa ana nie terasa kasar, bukan nak meyakiti hati orang. Tetapi terasa sakit hati bila puan dengan dakyah PKR sering kali mengaitkan sesuatu dengan UMNO. Lebih baik puan isytiharkan jihad pi sabillillah dengan UMNO senang cerita. Boleh kita bertempur untuk hidup atau mati daripada menyebarkan fitnah yang sememangnya menjadi darah daging PKR.

Sebenarnya malas nak layan statement murahan puan tu, tp just nak mengisi blog saya saja. Bila masukkan entri=entri macam nie syok juga tgk bil pengunjung mencacak naik. Makna kata rakyat Malaysia sekarang mencapai tahap berpolitik "gila habis" kerana itulah saja kerja Pakatan Rakyat "Berpolitik Sepanjang Masa, Biar Terpaksa Sekalipun Membunuh Mereka Yang Tidak berdosa." Syabas Pakatan.

28 Mac 2010

Adun Titi Tinggi Bermain YOYO

Salam,


Ana terpanggil jugalah untuk memberi komen tentang kemelut politik yg tetiba melanda DUN Titi Tinggi. Sebagai salah seorag pengundi Dun tersebut adalah wajar perletakan jawatan adun tersebut tidak harus dipertikai apatah lagi untuk memujuk rayu agar beliau kembali menarik keputusan yg ana rasa amat wajar.

Ana beranggapan penarikan kembali keputusan melatak jawatan sebagai keputusan yang amat hodoh lagi busuk kerana ternyata kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat hancur sama sekali. Sesungguhnya wakil rakyat yang sebegini rupa lebih mementingkan kedudukan dan pangkat dari keihklasannya untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Untk pengetahuan, rekod MCA di Dun Titi Tinggi, amat tidak disenangi oleh orang2 melayu yg sememangnya rasa terpinggir dan dipinggirkan. Tidak ada usaha2 untuk mengangkat kedudukan ekonomi orang-orang melayu di situ. Tidak ada IKS yang dibangunkan bagi memberi peluang dan ruang kepada ibu-ibu tunggal menjana pendapatan, tidak ada usaha untuk memastikan penduduk yang menetap di situ berpuluh dekad lamanya untuk memperoleh TOL atau geran.

Wakil rakyat MCA juga bersikap rasis, kenapa ana berkata demikian. Peristiwa menebang pokok pokok besar di perkampungan Cina dilaksanakan dengan segera atas peruntukan wakil rakyat itu sendiri sedangkan org melayu terpaksa merayu kepada MPK untuk menebangnya. Sistem perparitan hanya sekerat jln yang menyelesaikan masalah rumah penduduk cina, sedangkan air dari sistem perparitan itu dibiarkan melimpah ruah sehingga memasuki rumah penduduk melayu dan menjadi rumah penduduk melayu sebagai laluan air dari perparitan itu. Bila ditanya kepada penduduk cina tersebut kenapa parit sekerat tidak disalurkn terus ke longkang besar, katanya MCA yang buat saya tak tau. Bukan ana rasis, kerana masyrakat cina jg berhak atas hak mereka cuma jangan ada pemimpin yang melaksanakan amanah secara terpilih.

Sepanjang wakil rakyat ini berkhidmat, amat sukar menemui beliau untuk diajukan masalah penduduk. Jadi sebagai pengundi , kami beranggapan pada pilihanraya yang akan datang adalah wajar BN meletak calon Umno di sini memandangkan majoriti penduduk Dun Titi Tinggi adalah 80% orang Melayu. Kita melihat  trend sekarang pengundi2 bukan melihat calon dari parti mana, tetapi melihat kepada pemimpin yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan sudah tentulah pemimpin dari suara majoriti masyarakat di situ. Faktor kaum wajar diambil kira oleh BN jika ingin terus berkuasa

Akhir kalam, ana percaya PRU 13 akan mengubah lanskap poltik di Dun Titi Tinggi jika faktor calon majoriti tidak diambil kira oleh BN kerana orang2 melayu percaya ini bukan masanya BN khususnya UMNO bertolak ansur atas perkara ini kononnya atas semangat setiakawan. Sesungguhnya calon MCA telah ditolak oleh masyarakatnya sendiri dengan bukti penubuhan cawangan DAP di Padang Besar setelah lama DAP gagal bertapak.

21 Mac 2010

Omar Atan di tahan Tanpa Pendakwaan

Alhamdulillah, akhirnya Omar Johor (panggilan orang kampung bagi Omar Atan) dibenarkan pulang atas ehsan PM Laos sebagai memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menziarahi pusara isterinya yang telah 3 hari meninggal akibat kompilasi pelbagai penyakit. Al Fatihah buat arwah isetri beliau.

Omar Johor merupakan orang kuat politik UMNO di kampung saya, kepulangan mendapat perhatian dari sahabat handai yg memang mengenali beliau. Tetapi sejak penahanannya tidak ada siapa yg memperdulikan nasibnya sehingga anak sulungnya sendiri membuat rayuan kepada pihak media meminta simpati kerajaan menyelesaikan kemelut yg dihadapi bapanya. Setelah kepulangannya diusahakan oleh kerajaan melalui Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini baru saya nampak batang hidung peminpim2 UMNO di peringkat bahagian pun mencelah-celah kononnya mereka begitu prihatin terhadap nasib yang merundung keluarga malang ini. Inilah politik berkala wawasan Bahagian Padang Besar. Sepanjang penahanan beliau nasib keluarga ini banyak dibantu oleh Ketua UMNO Cawangan Utara Malaysia (Abang Rahim) yang juga merupakan pengerusi JKKK Utara Malaysia.

Pun begitu, saya dan penduduk kampung berharap Pemuda UMNO Malaysia dapat mengambil tindakan tertentu supaya  beliau dibebaskan setelah ditahan hampir 10 bulan tanpa pendakwaan. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diberi perhatian.

Kepada Abng Omar tabahlah atas dugaanNya.

08 Mac 2010

Kisah Tiang Letrik - TNB Kangar Mesra Rakyat?


Salam kepada yang sudi membaca keluh kesah aku, rentetan perjalanan bagi menerus dan mengurus kehidupan yang semakin sukar dan mencabar sebenarnya.

Pada entri yang lalu aku menceritakan bagaiman sukarnya untuk aku memperoleh kebenaran untuk menyambung bekalan elektrik dengan penolakan Pejabat Tanah Negeri yang kemudiannya terpaksa aku membuat permohonan semula disalurkan terus ke Exco Tanah Negeri. Nasib baik atas ehsan YB Exco aku dibenar membuat penyambungan walaupun dengan syarat dan kesanggupan aku untuk tidak menerima apa-apa pampasan terhadap binaan yg aku dirikan di atas tanah peninggalan orang tua.

Rupa-rupanya kepayahan hidup ini bukan berakhir di sini sahaja,  Kepayahan tidak berhenti setakat itu saja. Setelah aku mendapat perkenan YB Exco maka akupun menghantar borang permohonan penyambungan elektrik ke TNB Kangar. Oleh kerana tiang elektrik TNB berada di depan dalam kawasan rumah betul2 dihadapan jalan masuk, maka beserta dengan permohonan tersebut aku pohon juga supaya TNB mengalihkan tiang tersebut.

Alhamdulillah, lebih kurang sebulan selepas permohonan aku, maka wayar hitampun disambungkan dengan bayaran RM450. Tetapi, tiangnya masih disitu.Bila akau bertanya, rupa-rupanya untuk mengalih sebatang tiang TNB yang berada di dalam kawasan tanah kita dikenakan bayaran sebanyak RM816.  Maka aku syorkan kepada TNB supaya perbanyakkan  tiang2 di dalam kawasan rumah orang supaya TNB dapat mengaut keuntungan sebanyak mungkin.Ini salah satu cadangan ekonomi aku demi meningkatkan keuntungan TNB. Bila ditanya kenapa tiang itu satu-satunya tiang TNB yang berada dalam tanah orang. Jawapan mudah dan ringkas, "Itu Cerita Dulu". Kenapa cerita lama tak boleh disentuh dan dimurnikan?

Dan akhirnya, sekali lagi aku mempertikaikan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Kerana bagi aku rakyat tetap dihukum dengan pelbagai syarat yang menyukarkan (kerenah birokrasi) serta menguntungkan satu pihak. Rakyat dibiar menderita disebabkan penindasan dasar dan akta yang menguntungkan mereka.

Entri ini dicatatkan bukan untuk menghentam, tetapi sebagai renungan kita bersama betapa kepayahan yang rakyat terpaksa lalui dengan pelbagai kerenah hidup yang kekadang menduga kesabaran kita. Apatah lagi eletrik sebagai sumber asas kehidupan kita seharian. Kerenah birokrasi sebeginilah yang patut kerajaan hapuskan demi kesejahteraan rakyat. Mengapa kita perlu dihukum dengan soal kelambatan, dihukum dengan wang ringgit, sedangkan bersedia untuk membayar perkhidmatan yang disediakan. Mengapa kita perlu membayar atas kos yang bukan kita lakukan  kerana kita sudah tentu bersedia membayar atas kos yang kita gunakan. Fikir-fikirkanlah.

04 Mac 2010

Ini janji DSSK Kepada Penduduk Kg Melayu Padang Besar Utara, Perlis.



(Klik untuk besarkan imej)

Baru-baru ini melalui FB DSSK saya ada meluahkan permasalahan penduduk KG Melayu berhubung masalah geran yang sukar diperoleh. Alhamdulillah, kita menerima feedback yang gak baik dari beliau.

Kepada JKKK Kg Melayu jangan tidur, segera laksanakan kerja. Bawakan usul geran ini ke pengetahuan DSSK. Insya Allah kita akan dibantu dan disokong. Kita juga menyokong penuh sekiranya DSSK dipilih kembali sebagai MB Perlis

KINGTON LIFE PLASMA

KINGTON LIFE PLASMA

Apa itu Kington?


Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.
Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance.

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Bio Pure KEN SERIES R.O. Water Purification System

Apa itu Bio Ken 2 Series?

PERFECT FUNCTIONALITY

Perfectly Pure Water

Bio Pure Ken 1 uses the advanced 5-stage Reverse Osmosis (R.O.) Purification System, thus removing virtually all types of contaminants, including bacteria and viruses, to produce perfectly pure water (H2O)

Purification System

FDA-compliant ABS Food Grade reservoir material and airtight cover
Hands-free water dispenser
Fully automated functions of membrane self-cleaning, water level control, water refill and electronic shut-off
Patented design concealed in a unitary manifold for easy maintenance, quality and hygiene
Patented booster pump regulates pressure and ensure constant production

Specifications

Reservoir Capacity:
Warm: 5 ± 0.5 litres
Reservoir Material:
FDA-compliant ABS Food Grade

Dimension

Width – 260 mmDepth – 470 mmHeight – 450 mm
The Bio Pure KEN series is a 5-stage reverse osmosis purification system. Its patented system removes virtually all types of contaminants including viruses as small as 0.0001 micron. Bio Pure KEN is one of the only 3 recipients of WQA Gold Seal worldwide and the only recipient in Asia. It has also won an award at Geneva International Exhibitions as well as the Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award for 2 consecutive years in Malaysia.

For more information, please visit http://www.whatsh2o.com/didyouknow/index.html.

Hubungi saya: Hajah Azam 0124203613 untuk urusan pembelian, penghantaran dan pemasangan, tidak kira walau dimana anda berada.

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Apa Itu ELKEN SPIRULINA ?

Elken Spirulina

Organic & Alkaline for Balanced Nutrition

100% pure and organic
Complete food with 46 essential nutrients in a balanced proportion in line with the human body's requirements
Rich concentration of nutrients like protein (amino acids), vitamins, minerals, carbohydrates, essential fatty acids, chlorophyll, beta-carotene, phycocyanin and xanthophyll.
More than 10 international accolades form government bodies & independent organisations
Cholesterol-free protein source that is alkaline-forming
Readily digested and easily assimilated
Certified to be free of microcystine


JHFA certification by the Japan Food & Nutritional Food Association

Golden Award from the Taiwan Health Food Society

National Biotechnology & Medical Care Quality Award

Golden Award by Taiwan Health Food Society

Golden Diamond Award by Taiwan Consumers Association

GMP Food Certification

Certified ISO14001 by SGS, UK

Certified Halal by Malaysia Islamic Development Department (JAKIM)

Manufactured by a certified EN ISO 9001:2001 and GMP plant

Certified free of microcystine by Fisheries Science, National Taiwan University

Organic certification by Chinese Organic Agribusiness Association

Available in 250, 500, 1200 and 3000 tablets.

IKLAN & PROMOSI

IKLAN & PROMOSI
"HPA MENJANA PENDAPATAN UMMAH" Klik pada logo untuk mengetahui lebih lanjut. Daftarlah secara online diweb replika tersebut.

MENCARI NAMA ANAK DALAM ISLAM

HALALKAH APA YANG DI MAKAN? CHECK TENGOK..

Layan Je